Ikuti Kami:

“Ia Teruk” – Kes Buli Hwayoung Benam Populariti T-ARA Pada 2012, Akhirnya Ham Eunjung Beri Respon

“Ia Teruk” – Kes Buli Hwayoung Benam Populariti T-ARA Pada 2012, Akhirnya Ham Eunjung Beri Respon

Bekas ahli T-ara, Ham Eun-jung, telah mendedahkan ramalan nasib luar biasanya.

Pada 27 April, saluran YouTube Ham Eun-jung memuat naik video bertajuk “Ramalan Nasib Paling Hebat”.

Dalam video yang dikongsikan, Ham Eun-jung bertemu dengan seorang pakar ramalan nasib untuk membaca saju (bacaan nasib berdasarkan tarikh lahir). Pakar tersebut berkata,

Pada tahun 2010 dan 2011, kamu mempunyai tuah dalam kekayaan. Tahun 2012 adalah tempoh di mana aktiviti kamu terhenti kerana kehadiran ‘makam’. Setahun kemudian, kamu akan melalui ‘Hwagaesal’ (takdir kesedihan). Tahun 2013 muncul tanda kematian dan tahun 2014 ada tanda penyakit. Mulai 2015, ada tanda kelemahan fizikal.

Ham Eun-jung terkejut dan berkata,

Saya tak dibayar hasil aktiviti T-ara sebelum itu, tetapi akhirnya menerima bayaran pada masa itu. Ia memang luar biasa. 2012 adalah tahun yang paling teruk.

t-ara

T-ara debut pada 2009 dengan lagu “Bo Peep Bo Peep” yang menjadi mega hit pada 2010, melonjakkan mereka ke puncak sebagai kumpulan wanita teratas. Mereka terus mencipta kejayaan dengan lagu-lagu seperti “I Go Crazy Because of You”, “Why Are You Being Like This”, “Yayaya”, “Roly-Poly”, dan “Cry Cry”.

Namun, tahun 2012 menjadi titik hitam apabila kumpulan itu terpalit kontroversi buli membabitkan ahli baharu Ryu Hwayoung, menyebabkan mereka menjadi sasaran kecaman seluruh negara. Khususnya, Ham Eun-jung terpaksa menarik diri daripada drama “Five Fingers” kerana kesan kontroversi tersebut.

Selepas itu, walaupun T-ara cuba membuat kemunculan semula dengan lagu seperti “Number Nine”, momentum populariti mereka di Korea menurun, dan akhirnya mereka mengakhiri aktiviti berkumpulan selepas tamat kontrak dengan MBK Entertainment pada 2017.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...