Ikuti Kami:

“Ia Menyeronokkan” – Yoo Ahin Kongsi Perasaan Jadi Ketua Ajaran Sesat Dalam Siri Netflix ‘Hellbound’

“Ia Menyeronokkan” – Yoo Ahin Kongsi Perasaan Jadi Ketua Ajaran Sesat Dalam Siri Netflix ‘Hellbound’

Yoo Ah-in sememangnya terkenal dengan bakat lakonan yang tiada tandingan dalam kalangan rakan pelakon yang sebaya dengannya. Bukan sahaja filem, malah drama lakonannya juga sering mendapat perhatian ramai.

Bakal menunjukkan sisi yang baru dalam diri Netflix “Hellbound” tak lama lagi, lelaki itu berkongsi perasaannya membawa watak sebagai seorang ketua ajaran sesat bernama Jung Jin-soo.

Saya terfikir bagaimana pembawaan kisah yang mengejutkan dan tegang itu boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan.

Tambahnya lagi, melakonkan watak Jung Jin-soo adalah satu proses di mana dia perlu memikirkan apa itu keseorangan abadi dan kesunyian watak itu.

Lebih mengagumkan apabila naskhah itu sudah pun dijemput untuk ditayangkan di Filem Festival Antarabangsa Toronto sekaligus membuktikan bahawa ia menampilkan kualiti yang baik.

Sekadar pengetahuan, drama fantasi “Hellbound” membawa kisah malaikat yang mempunyai kuasa luar biasa muncul secara tiba-tiba dan mengheret manusia ke neraka. Ianya turut dibarisi Park Jung-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah dan Yang Ik-jun.

Macam mana agaknya Yoo Ah-in bawa watak ketua ajaran sesat ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...