Ikuti Kami:

“Ia Lebih Mendatangkan Kemudaratan Daripada Kebaikan”- Senarai Selebriti Korea Tidak Mempunyai Media Sosial

“Ia Lebih Mendatangkan Kemudaratan Daripada Kebaikan”- Senarai Selebriti Korea Tidak Mempunyai Media Sosial

Media sosial merupakan satu platform yang dimiliki oleh hampir semua orang di dunia ini. Bukan sahaja mahu kekal berhubung dengan keluarga dan kenalan rapat, bahkan ada yang menggunakan media sosial sebagai satu medium untuk mengekspresikan diri sendiri. Media sosial seperti Twitter dan Instagram penting bagi seorang selebriti kerana di situ mereka boleh kemas kini jadual mereka selain berinteraksi dengan peminat tak kira hari. Peminat pun nak lepas rindu juga!

Tapi yang peliknya apabila ada beberapa selebriti daripada Korea yang membuat keputusan untuk tidak memiliki apa-apa platform media sosial. Macam-macam sebab yang diberikan oleh mereka. Jom kita lihat!

1. Gong Yoo

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Jika saya berkongsi kehidupan peribadi saya di SNS, saya akan mendapat sesuatu dan juga akan kehilangan sesuatu. Saya cuba untuk tidak mendedahkan privasi hidup saya.”

2. Yoo Jae Suk

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Kalau saya memulakan media sosial, saya mungkin akan menghabiskan masa dengannya tanpa melakukan perkara lain. Jadi saya tidak akan memulakannya langsung.”

3.Song Joongki

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya tidak pandai dengan berteknologi. Saya takkan guna media sosial kerana saya tidak tahu menggunakannya.”

4. Park Boyoung

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya bukanlah seorang yang bertimbang rasa, sebab itu saya tidak mempunyai media sosial. Saya tak percayakan diri sendiri. Saya agak beremosi dan cepat marah, jadi saya jauhkan diri daripadanya. Sebagai ganti, saya menulis diari.”

5. Kang Dongwon

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya tiada cerita untuk dikongsikan. Saya tak suka bercakap dengan orang asing. Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Saya tidak faham kenapa media sosial dikatakan sebagai bentuk komunikasi.”

6. Park Haejin

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya boleh mempromosikan dan berkomunikasi di media sosial tetapi saya percaya ia akan mendatangkan lebih kemudaratan daripada kebaikan. Banyak skandal yang bermula daripada media sosial. Itulah sebab saya menjauhinya.”

7. Kim Heewon

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya tak suka hal peribadi saya didedahkan. Dan saya tidak mempunyai cerita untuk diberitahu kepada dunia. Sebab itu, saya tidak menggunakan media sosial langsung.”

8. Chungha

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya baru sahaja menjadi selebriti. Saya berhati-hati kerana tidak mahu melakukan kesilapan. Apabila sudah sedikit lama dan saya semakin berpengalaman, saya akan tahu apa yang patut dielakkan. Pada masa itu, mungkin saya akan mula menggunakan media sosial.”

9. Dongha

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya sentiasa hidup berjaga-jaga untuk menjadi seorang pelakon. Pada masa sekarang, media sosial boleh menyebabkan pelbagai masalah. Berkomunikasi dengan peminat adalah bagus tetapi saya berasa lebih baik untuk mengelak daripada menggunakannya bagi menjauhi sebarang masalah.”

10. SHINee Minho

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya tidak mahir dalam menggunakan teknologi, jadi saya tidak merasakan ada keperluan untuk menggunakan media sosial. Saya tidak mahu membuang masa dan saya lebih rela membuka pameran gambar.”

11. Ha Jung Woo

selebriti korea tidak menggunakan media sosial

“Saya tak rasa saya perlukannya. Mungkin saya akan menggunakan media sosial apabila saya berusia 50 tahun. Ayah saya juga mula menggunakannya agak lambat pada usianya.”

Mungkin menjauhi diri daripada media sosial adalah antara langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh selebriti bagi mengelakkan sebarang skandal. Netizen juga tidak boleh meninggalkan komen penuh kebencian secara terus kepada mana-mana selebriti sekiranya mereka tidak mempunyai media sosial.

Sumber: KpopKfans

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...