Ikuti Kami:

“Ia Bakal Mengejutkan” – Penonton Boleh Jangka Lebih Banyak Kejutan Dalam Musim 2 & 3 ‘The Penthouse’

“Ia Bakal Mengejutkan” – Penonton Boleh Jangka Lebih Banyak Kejutan Dalam Musim 2 & 3  ‘The Penthouse’

Seperti yang diumumkan sebelum ini, drama “The Penthouse” tidak akan berakhir hanya dengan musim ini sahaja.

Menurut Presiden Studio S, drama “The Penthouse” juga termasuk dalam senarai drama untuk tahun 2021 nanti bagi saluran SBS.

‘The Penthouse’ musim ini akan tamat pada awal tahun 2021 dan kemudian musim kedua dan ketiga akan sedia untuk ditayangkan.

Tambahnya lagi, penulis drama itu mempunyai banyak perkara yang mampu diketengahkan sehingga tidak cukup untuk menyelitkan semuanya dalam 20 episod sahaja.

Bahkan dikhabarkan bahawa kedua-dua musim selepasnya akan ditayangkan pada tahun hadapan di mana musim kedua dibahagikan kepada 12 episod dan musim ketiga juga bakal mempunyai 12 episod.

sbs penthouse

Apabila ditanya sama ada para pelakon akan dikekalkan untuk musim seterusnya, jawab presiden tersebut,

Ia adalah rahsia. Banyak kejutan yang akan berlaku. Ia bukanlah biasa sahaja, anda boleh letakkan jangkaan yang tinggi.

Pastinya ramai yang dah tak sabar kan nak menantikan pelbagai lagi rungkaian plot “The Penthouse”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...