Ikuti Kami:

“Ia Adalah Tanggungjawab Penulis” – Kim Eunhee Jawab Respon ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Bosan

“Ia Adalah Tanggungjawab Penulis” – Kim Eunhee Jawab Respon ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Bosan

Dinantikan ramai, namun episod khas “Kingdom: Ashin Of The North” sepertinya menerima komen pro-kontra daripada penonton.

Dalam satu temubual terbaru, penulis Kim Eun-hee menjawab respons bercampur berkenaan dan bagaimana penerimaannya.

Menurut segelintir penonton, walaupun ada yang menyukainya namun ramai juga yang berasa bosan menonton naskhah berdurasi 92 minit itu. Bahkan ianya agak kurang mengujakan berbanding musim pertama dan kedua siri “Kingdom”.kim eunheeJawab Kim Eun-hee,

Jikalau ada kontroversi ataupun respon bercampur mengenai naskhah tersebut, ia adalah tanggungjawab penulis yang menggarapnya. Saya rasa saya patut fikirkan dengan lebih mendalam apa yang akan ditulis pada masa hadapan sambil berasa bertanggungjawab ke atasnya.

Kim Eun-hee juga menjelaskan mengenai watak Ashin (Jun Ji-hyun) dan mengapa progres plotnys sedikit lambat berbanding kebiasaan siri tersebut,

Untuk ‘Ashin’, saya memikirkan tentang kedalaman emosi berbanding aksi memandangkan saya mahu mengekspresikan emosi ekstrem menerusi karakter Ashin serta mengapa dia mengalami waktu yang sukar.

Saya ingatkan ia akan menjadi satu kisah paling gelap dan terang yang pernah ditulis oleh saya. Walaubagaimanapun, itu ialah niat kami dan jika ada yang kecewa, ianya ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

netflix kingdom: ashin of the northUntuk pengetahuan, episod khas ini berkaitan dengan “Kingdom” dan ia mengupas kisah permulaan penyebaran wabak zombi tersebut dan bagaimana Ashin, seorang wanita daripada wilayah selatan terlibat dengannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...