Ikuti Kami:

Hyunbin & Son Yejin Nafi Bercinta Tapi Netizen Tak Percaya Langsung!

Hyunbin & Son Yejin Nafi Bercinta Tapi Netizen Tak Percaya Langsung!

Anda pernah dengar tak khabar angin tentang percintaan di antara pelakon popular iaitu Hyunbin dan Son Yejin? Gosip ini bermula apabila gambar mereka berdua sedang membeli barangan dapur di Los Angeles, California telah bertiup di serata media sosial beberapa ketika dahulu. Namun begitu, kedua-dua pelakon tersebut telah menafikannya dan menjelaskan bahawa hubungan mereka tak lebih daripada kawan rapat sahaja.

hyunbin son yejin

Meskipun didakwa sebagai pasangan kekasih, ini tidak menghalang Hyunbin dan Son Yejin untuk menerima tawaran berlakon dalam naskhah yang sama. Mereka bakal muncul dalam drama “Crash Landing On You” yang akan ditayangkan bermula pada 14 Disember ini di saluran tvN.

Tidak melepaskan peluang, wartawan telah menanyakan khabar angin mengenai hubungan percintaan mereka semasa sidang media drama tersebut yang berlangsung kelmarin. Hyunbin hanya tergelak dan membalas, “Seperti yang anda dapat lihat, kami hanya tertawa apabila mendengarkannya. Khabar angin itu tidak menghalang saya daripada memilih projek ini. Saya telah bekerjasama dan mula rapat dengan Son Yejin menerusi filem ‘The Negotiation’, selain dia juga merupakan pelakon wanita yang saya mahu bekerjasama untuk sekali lagi. Peluang itu datang lantas saya mengambilnya dengan gembira.”

son yejin dan hyunbin nafi bercinta

Son Yejin menambah,“Saya juga mempunyai rasa yang sama. Hyubin telah ungkapkan apa yang saya mahu jelaskan. Selepas bekerja dengannya, saya mahu bekerja bersama lagi dalam naskhah komedi romantik yang bagus. Saya juga tidak teragak-agak untuk memilih projek ini.”

Walaupun telah mendengar sendiri penafian daripada kedua pelakon hebat tersebut tetapi kebanyakan netizen tidak mempercayainya. Bagi mereka, Hyunbin dan Son Yejin sebenarnya adalah paangan kekasih tetapi mahu menyorokannya daripada pengetahuan umum.

“Semua orang tahu mereka bercinta, saya tak faham kenapa mereka berterusan menafikannya.. mungkin, memandangkan Hyunbin punyai senarai panjang nama selebriti wanita yang pernah bercinta dengannya…”

“Kalau betul mereka tidak bercinta, bertambah pelik kenapa mereka pergi membeli barang dapur bersama semasa di Amerika. Semua orang akan mengucapkan tahniah sekiranya mereka mengaku sahaja. Mungkin mereka hanya menunggu sehingga tamat drama ini?”

“Ambil kira umur mereka dan status yang masih bujang, pelik mereka asyik menafikannya. Walaupun mereka ditangkap membeli barang dapur bersama di Amerika, mereka berterusan menafikannya dan mengatakan bahawa mereka pergi pada masa yang berlainan. Tetapi selepas bukti gambar mula tersebar, mereka menambah ‘staf juga ada bersama kami’.”

“Kalian dah cukup tua untuk mengakuinya sahaja, anda bukan idola.”

“Saya rasa ia lebih kepada pihak Son Yejin yang tidak mahu mengakuinya.. Saya ingat dia juga berkeras menafikan hubungannya bersama Kim Namgil.”

hyunbin son yejin nafi bercinta

Tak pastilah sama ada ini hanya khabar angin ataupun cerita benar. Tetapi pandailah mereka uruskan hal peribadi sendiri. Tak perlu masuk campur!

Bagi yang mahu menyaksikan gandingan Son Yejin dan Hyunbin, ini adalah sinopsis “Crash Landing On You”! Drama ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Sumber: Soompi, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...