Ikuti Kami:

Hwang Jungeum Pun Tak Dapat Selamatkan, Ending ‘To All The Guys Who Loved Me’ Raih Rating Rendah

Hwang Jungeum Pun Tak Dapat Selamatkan, Ending ‘To All The Guys Who Loved Me’ Raih Rating Rendah

Setelah 16 episod menghiburkan penonton, nampaknya semua terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada ‘Ratu Komedi Romantik’ Hwang Jung-eum selepas “To All The Guys Who Loved Me” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis ringkas

Seo Hyun-joo (Hwang Jung-eum) yang merupakan seorang ketua pengurus untuk sebuah webtoon. Dia sangat teliti dengan kerjanya dan kesemua pelukis di bawahnya berjaya mendapat tempat pertama kerana usahanya yang jitu. Walaupun ramai yang tak suka dengan sikap telitinya itu tetapi mereka tetap mahukan pertolongan wanita tersebut. Beruntung dalam aspek kerjaya, tetapi dia mempunyai nasib yang sangat malang dalam aspek percintaan dan memilih untuk hidup solo.

Hwang Ji-woo (Yoon Hyun-min) ialah seorang CEO kepada syarikat farmaseutikal. Disebabkan dia kedekut senyuman dan nampak bengis, lelaki itu susah dibaca oleh orang lain sejak daripada kecil lagi. Park Do-gyeom (Seo Ji-hoon) pula ialah seorang penulis komik popular dan merupakan seorang yang sangat suka bersosial Membesar di samping Hyun-joo, namun wanita itu tidak sedar bahawa lelaki itu sudah lama menyimpan perasaan padanya.

episod akhir to all the guys who loved me

Hwang Jung-eum tak mampu selamatkan drama ini

Rasanya ramai yang teruja untuk menonton “To All The Guys Who Loved Me” memandangkan ia dikemudi oleh ‘Ratu Komedi Romantik’ K-Drama iaitu Hwang Jung-eum. Disebabkan ini adalah genre kepakarannya, penonton menaruhkan harapan yang tinggi kepada plot dan perkembangan ceritanya.

Walaubagaimanapun, sayang sekali, kerana naskhah ini gagal menarik perhatian ramai dan hanya mampu meraih rating biasa dalam lingkungan 2% ke 3.5% sahaja sepanjang tayangannya. Ada yang mengatakan bahawa premis cinta kekal selama 3 kehidupan yang diterapkan dalam drama ini adalah menarik namun gagal dijelaskan dan dikembangkan dengan baik.

episod akhir to all the guys who loved me

Pun begitu, rasanya ada juga yang terhibur menonton drama “To All The Guys Who Loved Me” ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...