Utama Drama Korea Hwang Inyeop Dikhabarkan Bakal Bintangi Siri Netflix ‘Annarasumanara’ Bersama Ji Changwook

Hwang Inyeop Dikhabarkan Bakal Bintangi Siri Netflix ‘Annarasumanara’ Bersama Ji Changwook

hwang inyeop

Selepas Ji Chang-wook, khabarnya pelakon baru meningkat naik iaitu Hwang In-yeop turut ditawarkan untuk berlakon dalam siri asal Netflix “Annarasumanara”.

“Annarasumanara” ialah sebuah drama kehidupan mengenai kisah seorang gadis yang kehilangan impian dan berkenalan dengan seorang ahli silap mata keanak-anakan. Jikalau Ji Chang-wook menerima tawaran ini, dia akan membawa watak ahli silap mata Lee Eul misteri yang tinggal di sebuah taman tema terbiar.

ji changwook

Respons agensi pelakon lelaki ini ialah,

Belum ada apa-apa yang diputuskan lagi.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja apabila membayangkan Hwang In-yeop dan Ji Chang-wook bersatu dalam drama yang sama. Mesti syok kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...