Ikuti Kami:

“Hukuman Buat Jimin & Seolhyun..” – Kes Buli Mina, Peminat Mahu AOA Disiasat Oleh Pihak Polis

“Hukuman Buat Jimin & Seolhyun..” – Kes Buli Mina, Peminat Mahu AOA Disiasat Oleh Pihak Polis

Nampaknya kontroversi yang melibatkan ahli AOA kini semakin mencapai ke tahap yang serius. Dikhabarkan bahawa peminat kumpulan tersebut telah meminta hal tersebut di bawa sehingga ke muka pengadilan.

Bagi yang tidak mengetahui, bekas ahli kumpulan ini iaitu Mi-na telah mendedahkan bahawa dia telah dibuli selama 10 tahun lamanya sehingga beberapa kali mengambil keputusan untuk mengelar pergelangan tangannya sendiri. Dalam perkongsiannya itu, Mi-na turut menyebut Ji-min pelaku utamanya manakala Seol-hyun dan ahli yang lain hanya memerhati kejadian tersebut.

aoa

Dari kiri: Shin Hye-jeong, Kim Seol-hyun, Shin Ji-min, Kim Chan-mi, Seo Yu-na

Pada 9 Ogos, satu artikel telah dimuat naik di galeri peminat AOA dengan tajuk ‘Saya Mahu Siasatan Penuh Atas Kes Buli AOA Dengan Agensi Polis Seoul Metropolitan’. Menurut penulis artikel tersebut, dia tidak mampu lagi duduk mendiamkan diri lagi dan meminta siasatan dilakukan menerusi surat khabar utama.

Jelas kumpulan peminat itu lagi,

Mi-na telah memuat naik media sosialnya dengan gambar cubaan membunuh diri dan dia juga meluahkan perasaan mengenai hal tersebut secara tegasnya. Hinggakan menyebut secara terangan nama sebenar pelakunya. Sebagai peminat, sukar bagi kami untuk terus memerhatikan situasi ini.

mina dibuli aoa

Kwon Mi-na

Mereka juga meminta pihak polis supaya menjalankan siasatan yang telus secepat mungkin supaya para pesalah dapat dikenakan hukuman yang sewajarnya. Untuk pengetahuan anda, tempoh pemprosesan aduan awam mengambil masa selama 7 hingga 14 hari daripada tarikh akhir ia diproses oleh agensi yang bertanggungjawab menguruskannya.

Makin parah nampaknya isu ini, bagaimana agaknya perasaan ahli AOA dan Mina sekarang ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...