Ikuti Kami:

‘How You Like That’ Jadi Muzik Video Ke-5 BLACKPINK Capai 1 Bilion Tontonan

‘How You Like That’ Jadi Muzik Video Ke-5 BLACKPINK Capai 1 Bilion Tontonan

BLACKPINK baru sahaja mencipta rekod baharu di YouTube!

Pada 12 November kira-kira jam 10:10 pagi, muzik video BLACKPINK untuk lagu “How You Like That” telah melepasi 1 bilion tontonan, menjadikannya muzik video kumpulan gadis K-pop terpantas pernah mencapai kejayaan itu.

Lagu itu pada asalnya dikeluarkan pada 26 Jun 2020 jam 5 petang, bermakna video itu mengambil masa lebih setahun, empat bulan, 16 hari dan 17 jam untuk capai 1 bilion tontonan.

blackpink how you like that 1 billion viewsBLACKPINK juga memegang rekod sebelumnya untuk muzik video kumpulan gadis K-pop terpantas melepasi 1 bilion tontonan dengan lagu “DDU-DU DDU-DU”, yang mengambil masa satu tahun, empat bulan dan 27 hari untuk mencapai kejayaan itu.

“How You Like That” kini merupakan muzik video kelima BLACKPINK yang berjaya melepasi 1 bilion tontonan, selepas “DDU-DU DDU-DU”, “Kill This Love”, “BOOMBAYAH”, dan “As If It’s Your Last”.

Tahniah BLACKPINK! Jom dengar lagu ni sekali lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...