Ikuti Kami:

‘Hospital Playlist 2’ Tinggal 2 Episod, Ramai Nantikan Perubahan Hubungan 4 Pasangan Ini

‘Hospital Playlist 2’ Tinggal 2 Episod, Ramai Nantikan Perubahan Hubungan 4 Pasangan Ini

Semakin mendekati penghujung musim kedua, semakin banyak persoalan yang timbul mengenai hubungan pasangan di dalam “Hospital Playlist 2”.

Kim Joon-wan & Lee Ik-sun

Berjumpa semula selepas setahun, Lee Ik-sun (Kwak Sun-young) mengakui bahawa dia berbohong dengan Kim Jun-wan (Jung Kyung-ho) mengenai penyakitnya semasa meminta memutuskan hubungan mereka. Walaubagaimanapun wanita itu mengakui bahawa dia masih mempunyai perasaan kepada bekas kekasihnya itu namun tidak mengharapkan sebarang jawapan. Jawab Kim Jun-wan,

Akan ada banyak masa kita akan berselisih pada masa hadapan. Setiap kali ianya berlaku, boleh ke awak melihat saya tanpa berasa apa-apa? Saya tak rasa saya boleh lakukannya.

Melihatkan pengakuan Kim Jun-wan ini, pastinya akan ada perubahan pada hubungan mereka.tvn hospital playlist 2

Yang Seok-hyung & Chu Min-ha

Sejak musim pertama, penonton memberikan sokongan penuh kepada Chu Min-ha (Ahn Eun-jin) meskipun dia bertepuk sebelah tangan. Pada episod lalu, wanita itu meluahkan kerisauan memandangkan dia hanya mempunyai satu peluang sahaja lagi untuk meluahkan perasaan cintanya buat Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung). Tanpa disangka, mungkin perasaan lelaki itu sudah pun berubah ke arahnya. Bahkan dia memulakan dahulu dan mengajak Chu Min-ha untuk keluar makan bersamanya nanti. Adakah akan ada perubahan positif pada hubungan mereka?tvn hospital playlist 2

Ahn Jeong-won & Jang Gyeo-ul

Lebih senang merahsiakan mengenai hal keluarganya, Jang Gyeo-ul (Shin Hyun-bin) akhirnya mendedahkan perkara sebenar mengenai perangai ayahnya yang suka mendera kepada Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok). Memilih untuk memberikan fokus kepada rawatan pemulihan ibunya kini selepas ayahnya dipenjarakan, wanita itu menjelaskan bahawa dia mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk kekasihnya itu. Pun begitu Ahn Jeong-won memahaminya sekaligus membuatkan hubungan mereka semakin rapat.tvn hospital playlist 2

Lee Ik-jun & Chae Song-hwa

Walaupun Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) sudah menyatakan bahawa dia mahu kekal sebagai sahabat, Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) nampaknya menghormati keputusan itu. Namun, lelaki itu sentiasa berada di sisi rakan baiknya itu, tak kiralah ketika sedih mahupun gembira. Ternyata tiada siapa yang memahami Chae Song-hwa sebaik Lee Ik-jun. Di akhir episod lalu, penonton disajikan dengan klip pendek apabila Chae Song-hwa menangis kecewa apabila Lee Ik-jun membatalkan janji temu mereka ketika di kolej, adakah hubungan itu akan berjaya memasuki fasa baru nanti?tvn hospital playlist 2 Korang support pasangan yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...