Ikuti Kami:

Hospital Doldam Kembali Bahagia, Drama ‘Romantic Doctor Kim 2’ Tamat Dengan Tepukan Gemuruh!

Hospital Doldam Kembali Bahagia, Drama ‘Romantic Doctor Kim 2’ Tamat Dengan Tepukan Gemuruh!

Musim kedua “Romantic Doctor Kim” memang tak menghampakan langsung! Sampaikan jumlah totonannya dah kalahkan rekod yang dicapai oleh musim pertamanya. Walaupun teraju utamanya ditukar daripada Seo Hyunjin dan Yoo Yeonseok kepada Lee Sungkyung dan Ahn Hyoseop, tetapi ia masih mampu menarik para penonton untuk melekat di hadapan kaca televisyen bagi menyaksikan nasib kepada kakitangan Hospital Doldam.

doctor romantic 2

Setelah 16 episod berjalan, akhirnya “Romantic Doctor Kim 2” sudah pun menamatkan tayangannya. Sedih betul nak lepaskan semua pelakon ini sebab kita dah tak dapat tengok lagi mereka pada minggu hadapan.

[Amaran SPOILER]

Penamat yang membahagiakan

Doktor di Doldam buktikan kemampuan

Macam-macam masalah betul yang dihadapi oleh Kim Sabu dan anak-anak didiknya. Pengarah Do Yoonwan nampaknya sentiasa muncul dengan muslihat baru untuk menghancurkan karier Doktor Kim dan memastikan Hospital Doldam gulung tikar.

Woojin yang mempunyai masalah besar dengan hutang ayahnya berjaya melalui halangan tersebut. Tapi tidak menyangka bahawa peminjam tersebut merupakan ayah kepada Moonjung yang merupakan rakan baiknya di hosiptal itu. Kerja rumah yang kononnya diberikan oleh Kim Sabu kepada Woojin sebenarnya merupakan sakit yang dialami oleh doktor hebat itu sendiri dan dia berjaya menyelesaikannya. Bangga dengan pencapaian anak didiknya, Kim Sabu mengarahkan dia supaya menjadi doktor utama ketika pembedahannya nanti.

Eunjae juga mendapat panggilan daripada hospital utama supaya pulang bertugas di sama semula. Berbelah bahagi, doktor wanita itu tetap ke sana kerana telah berjanji untuk membantu dalam tiga pembedahan atas permintaan profesornya. Walaupun sedih, tetapi Woojin membenarkan wanita kesukaannya itu pergi ke sana dan berpisah untuk sementara waktu. Doktor di cawangan utama nyata teperanjat dengan kehebatan kemahiran Eunjae walhal dia dikenali sebagai seorang yang takutkan pembedahan dan sentiasa pitam apabila sedang merawat pesakit. Dia kemudiannya disuruh terus bekerja di hospital besar itu daripada membuang masa di hospital kampung namun Eunjae memulangkan paku buah keras kepada profesornya yang hanya mahukannya ketika dia sudah berjaya dan langsung tak membantunya semasa dia menghadapi kesukaran pada suatu ketika dahulu.

Cinta berbunga-bunga di Doldam

Walaupun hubungan cinta mereka nampak stabil pada awalnya tetapi Euntak mula menjauhkan diri daripada Areum. Lelaki itu mula berasa tidak yakin apabila mengetahui hubungan doktor wanita itu bersama Do Inbeom. Tetapi Areum menjelaskan bahawa dia dan lelaki itu hanyalah saudara rapat dan dia datang daripada keluarga biasa sahaja dan bukanlah berpengaruh seperti ayah Do Inbeom iaitu Pengarah Do Yoonwan. Hubungan cinta mereka kembali pulih dan semakin kembang mekar bunga-bunga cinta di antara doktor dan jururawat itu. Lagi menggembirakan apabila Areum berjaya melepasi peperiksaan penting yang sudah berbulan dia risaukan. Seluruh staf Doldam mengucapkan tahniah atas berita baik itu!

episod akhir romantic doctor kim 2

Sama juga dengan Eunjae dan Woojin di mana mereka takut untuk memulakan hubungan cinta kerana risau tentang masa hadapan. Eunjae pula meluahkan rasa tidak puas hati kepada Areum kerana Woojin nampaknya seperti tidak kisah dia akan kembali ke hospital utama. Manakala dalam masa yang sama, Moonjung terpaksa mendengar luahan perasaan Woojin yang marahkan Eunjae kerana memberitahu berita tersebut seperti ianya bukan masalah yang besar. Penat dengan bebelan wanita tinggi lampai itu, Areum menyuruh sahaja dia mengakui rasa cinta pada Woojin. Selepas berfikir seketika, dia meluahkan rasa cintanya dahulu. Walaupun tidak yakin dengan apa yang akan jadi masa hadapan, tapi mereka tidak mahu fikirkan semua itu sekarang dan akhirnya, Eunjae dan Woojin mula bercinta!

episod akhir romantic doctor kim 2

Nasib Doldam pada akhirnya?

Pengarah Do Yoonwan akhirnya dapat menjumpai kelemahan Kim Sabu atas laporan Hojun dan dengan gembiranya telah ke Hospital Doldam untuk memalukannya di hadapan semua orang. Pun begitu, doktor pakar itu tetap tenang melayan kegilaan Do Yoonwan yang berusaha keras untuk memusnahkan Doldam dan juga dirinya.

Tapi memalukan kerana Kim Sabu menyerahkan dokumen yang membuktikan bahawa Doldam bergerak secara sendiri dan mempunyai yayasannya yang diketua oleh Bu Yongju (nama sebenar Kim Sabu). Pengarah tamak itu mula tak tentu arah kerana tidak menyangka bahawa Doldam bukan lagi di bawah kuasa Geodae yang dipegang olehnya. Rupanya sebelum pengarah Geodae terdahulu mati, dia telah mewariskan Doldam kepada Kim Sabu dan membiarkan ia bergerak luar daripada kuasa hospital besar itu.

Berang, Do Yoonwan telah mengamuk kerana rancagannya untuk menutup Doldam menemui jalan mati bahkan dia yang malu sendiri. Habis ditolaknya kesemua barang di sekitarnya kerana tak dapat membendung kemarahannya. Kim Sabu lantas menghalaunya keluar dan memintanya supaya tidak menjejakkan lagi kaki ke situ.

episod akhir romantic doctor kim 2

Akhirnya, “Romantic Doctor Kim” musim kedua tamat dengan bahagianya! Kesemua watak menemui cerita gembira mereka dan Hospital Doldam juga selamat daripada khianat Do Yoonwan.

Sedihnya, kerana dah tiada lagi Kim Sabu dan anak didiknya untuk menhiburkan hari Isnin dan Selasa anda selepas ini. Harapnya adalah musim ketiga nanti!

Sumber: Dramamilk

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...