Ikuti Kami:

Honey Lee Sah Sedang Bercinta Dengan Lelaki Bukan Selebriti

Honey Lee Sah Sedang Bercinta Dengan Lelaki Bukan Selebriti

Baru sahaja tamat dengan drama “One The Woman”, Honey Lee nampaknya mempunyai khabar berita gembira yang baru.

Pada 8 November, sebuah saluran media telah melaporkan bahawa pelakon wanita itu sedang menjalani hubungan yang serius dengan seorang lelaki bukan selebriti kini.

Komen orang dalam industri,

Honey Lee bertemu dengan kekasihnya pada awal tahun ini selepas diperkenalkan oleh kenalan rapat.

Tambah laporan itu lagi, Honey Lee dan lelaki itu semakin rapat kerana mempunyai pemikiran dan memiliki minat yang sama.

honey lee

Tak lama kemudian, agensinya memberikan kenyataan rasmi,

Ini ialah kenyataan rasmi mengenai berita yang dilaporkan mengenai Honey Lee hari ini.

Honey Lee sedang menjalani hubungan yang serius dengan seseorang diperkenalkan oleh kenalannya pada awal tahun ini. Walaubagaimanapun, sebagai seorang bukan selebriti, kami meminta anda memahaminya supaya tiada kesukaran yang berlaku dengan meriliskan informasi peribadi ataupun memberikan perhatian melampau. Sila berikan restu supaya mereka dapat menyambung hubungan ini dengan baik pada masa hadapan.

Terima kasih.

Semoga berbahagia dan tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...