Ikuti Kami:

‘Hilang’ Tempat Duduk Di Konsert BLACKPINK Di KL, Lelaki Saman Penganjur RM1 Juta

‘Hilang’ Tempat Duduk Di Konsert BLACKPINK Di KL, Lelaki Saman Penganjur RM1 Juta

Silap banyaklah kalau main permainan berbahaya bersama seorang peguam bertauliah berkaitan hal undang-undang.

Terbaru, seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa dia bakal menfailkan saman terhadap penganjur konsert ‘BORN PINK’ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Nas Rahman di laman berkenaan, pengalaman bermakna yang bertukar buruk itu disebabkan oleh tempuk duduk yang sepatutnya dibeli olehnya tiba-tiba ‘hilang’ ketika hari kejadian.

Jelasnya, nombor kerusinya iaitu 37 bagi barisan 207 tidak dijumpai kerana giliran untuk deretan itu terhenti di angka 36 sahaja.

Baru-baru ini, Nas memuat naik perkembangan terkini mengenai isu berkenaan dan mengatakan bahawa dia akan meneruskan tindakan undang-undang bagi mencapai keadilan memandangkan kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam pada itu Nas juga merupakan seorang peguam dan mengakhiri ciapan tersebut di mana dia akan memberi kemas kini mengenai kes itu nanti namun tidak dapat bercerita lebih memandangkan ianya kini sudah menjadi kes mahkamah.

Tak baik tau aniaya orang macam tu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...