Hilang ‘Sweet’ Kim Seonah Dalam Drama Thriller Misteri ‘Secret Boutique’!

secret boutique kim seonah

Pelakon veteran Kim Seonah akan kembali menghiasi industri drama Korea tak lama lagi. Nama Kim Seonah memang tidak asing lagi dengan peminat K-Drama kerana dia sudah banyak membintangi pelbagai drama sejak awal 2000-an lagi. Antara drama lakonannya yang popular ialah ‘My Name is Kim Samsoon’, ‘City Hall’, ‘Scent of a Woman’, ‘Night After Night’, ‘Should We Kiss First?’ dan banyak lagi. Fuh penat nak senaraikan semuanya!

Bagi yang merindui Kim Seonah, jangan risau kerana dia akan kembali dengan drama terbaru saluran SBS iaitu ‘Secret Boutique’. Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jenny Jang yang pada mulanya bekerja di rumah mandian sehingga berjaya menjadi pelobi yang berkuasa. Drama thriller ini membawa penonton meneroka kisah wanita itu mendaki tangga kejayaan tersebut selain menekankan kesusahan wanita dalam melawan kuasa dan dendam untuk terus hidup.

secret boutique kim seonah

“Saya seronok membaca skrip yang diberikan kepada saya ini. Ia adalah genre yang baru dan saya menyukainya. Saya suka kerana ia adalah baru, dan saya juga rasa ia akan menjadi satu projek yang akan meninggalkan kenangan,” jelas pelakon wanita itu.

Dia juga menambah bhawa dia terus bersetuju untuk berlakon dalam drama itu kerana ia diarahkan oleh pengarah yang sama untuk drama ‘Scent of Woman’ yang pernah dilakonkannya dulu iaitu PD Park Hyung Ki.

secret boutique kim seonah

Bagi membawa watak Jenny Jang yang garang ini, Kim Seonah telah mengubah penampilannya dengan stail dan warna rambut bagi nampak berani. Bermula daripada cadangan pengarah drama itu sendiri, dia tidak menyangka bahawa idea itu membuahkan hasil yang baik.

Sesiapa yang mahu saksikan watak Kim Seonah yang lebih garang dan berkuasa mesti tonton drama ‘Secret Boutique’ ini. Drama ini sudah pun ditayangkan sebanyak dua episod dan respon daripada peminat tidak menghampakan langsung!

Sumber: Soompi

Leave a Reply