Ikuti Kami:

Hidupkan ‘Running Man’ Tahun Ini, Ramai Kecewa Lee Kwangsoo Pulang Tangan Kosong Di ‘SBS Entertainment Awards’

Hidupkan ‘Running Man’ Tahun Ini, Ramai Kecewa Lee Kwangsoo Pulang Tangan Kosong Di ‘SBS Entertainment Awards’

Baru-baru ini, ramai yang melonjak gembira apabila Kim Jong-kook diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama di ‘2020 SBS Entertainment Awards’. Telah pun mengabdikan dalam dunia hiburan selama lebih 20 tahun, sudah pasti ia merupakan satu kemenangan bermakna buat selebriti itu.

Pun begitu, netizen meluahkan rasa terkilan apabila Lee Kwang-soo yang merupakan ‘watak penting’ dalam “Running Man” hanya pulang dengan tangan kosong untuk tahun ini meskipun berjaya menarik perhatian ramai kerana momen kelakarnya untuk tahun ini sahaja.

running man

Antara daripadanya yang masih diingati ramai ialah babak dia menari Hula dengan ekspresi muka yang sangat kelakar dan spontan serta nyanyian acapella dalam episod yang sama. Bahkan video tersebut kini sudah pun memiliki jutaan tontonan. Bukan itu sahaja, aksi Lee Kwang-soo pada saban episod yang pasti akan membuatkan penonton gelak sakan membuatkan ramai yang kecewa dengan tindakan produksi anugerah ini yang mengabaikan sumbangannya itu.

Walaupun ramai yang gembira dengan kemenangan Kim Jong-kook dan Haha untuk kategori ‘Top Excellence (Show/Variety) namun rata-rata peminat mahu Lee Kwang-soo turut dihargai juga.

Setiap kali menonton ‘Running Man’, saya merasakan bahawa dia adalah penyelamat rancangan itu.

 

Tolonglah beri perhatian lebih kepada ‘harta’ besar dalam ‘Running Man’.

 

Tahun ini merupakan tahun ‘lejen’ buat Lee Kwang-soo.

 

SBS, saya kecewa dengan awak..

Ternyata Lee Kwang-soo adalah maskot penting dalam “Running Man”, korang rasa memang layak tak Lee Kwang-soo menang anugerah pada ‘2020 SBS Entertainment Awards’?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...