Ikuti Kami:

Hidup Susah, Ji Changwook Dedah Pernah Makan Nasi Berlaukkan Garam Semasa Belum Popular!

Hidup Susah, Ji Changwook Dedah Pernah Makan Nasi Berlaukkan Garam Semasa Belum Popular!

Ji Changwook ternyata mempunyai peminat yang ramai! Berbekalkan wajahnya yang tampan dan mutu lakonan yang mantap, memang tak peliklah dia sering dipilih sebagai teraju utama untuk pelbagai drama. Perjalanan karier seni pelakon itu bukanlah mudah, bermula daripada pelakon teater dan kemudiannya barulah dia mula berkecimpung dalam arena K-Drama.

Ji Changwook berjaya mendapat perhatian ramai menerusi drama “Smile Again” dan berterusan berlakon dalam banyak drama popular selepas itu. Antaranya ialah “Empress Ki”, “Healer”, “The K2”, “Suspicious Partner” dan banyak lagi.

Meskipun wajahnya yang bersih menunjukkan seperti pelakon itu hidup dengan mudah tetapi rakan baiknya iaitu Sunggyu daripada kumpulan INFINITE mendedahkan bahawa Ji Changwook pernah hidup susah sebelum mula dikenali. Perkara mengejutkan ini didedahkan oleh idola tersebut menerusi program “Radio Star” baru-baru ini.

ji changwookSemasa berkhidmat dalam latihan ketenteraan, Sunggyu mula mengenali rapat dengan rakan selebriti lain seperti Kang Haneul, Ji Changwook, Jo Kwon, Onew (SHINee), Xiumin (EXO) dan Yoon Jisung. Semasa berlatih bersama-sama, mereka sering berkongsi kisah susah senang hidup sebelum bergelar artis. Daripada situlah idola itu mendedahkan bahawa Ji Changwook dikhabarkan pernah makan nasi berlaukkan garam kerana terlampau susah.

Rata-rata peminat terkejut apabila mengetahui kehidupan Ji Changwook yang penuh dengan liku sebelum dia menjadi pelakon. Namun disebabkan bakatnya yang hebat, lelaki itu berjaya untuk mengubah nasibnya menjadi lebih baik.

Tak sabar nak lihat drama terbaru Ji Changwook dengan Kim Yoojung nanti!

Sumber: Radio Star

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...