Ikuti Kami:

“Hidup Saya Dah Tamat” – Pandu Dalam Keadaan Mabuk Hingga Kemalangan, Lizzy Menangis Minta Maaf

“Hidup Saya Dah Tamat” – Pandu Dalam Keadaan Mabuk Hingga Kemalangan, Lizzy Menangis Minta Maaf

Pernah menjadi ahli “Running Man” buat beberapa episod, Lizzy ataupun Park Soo-young terpalit dengan kontroversi baru-baru ini kerana terlibat dengan kes memandu dalam keadaan mabuk.

Pada 19 Mei, bekas ahli After School itu telah melanggar sebuah teksi di kejiranan Cheongdam di daerah Gangnam, Seoul. Disebabkan paras alkoholnya melebihi 0.08%, lesen memandunya telah ditarik.

Terbaru, Lizzy telah pun membuat permohonan maaf secara langsung menerusi akaun Instagram miliknya.

Saya mahu memohon maaf secara bertulis, namun saya tak rasa ianya mencukupi. Saya minta maaf.

Kehidupan saya telah tamat, memang benar saya menghampakan semua. Pemandu daripada kemalangan tidak cedera teruk pun, tetapi artikel yang ditulis menggambarkan seperti itu.

Ramai yang meminta saya supaya mati. Bukankah setiap orang akan melalui waktu yang sukar di dalam kehidupan mereka? Dalam situasi ini, ramai yang meminta saya melakukan perkara ekstrem. Saya buat salah dan saya tahu saya lakukan sesuatu yang sangat salah. Saya minta maaf.

lizzy

Semoga jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...