Ikuti Kami:

Heo Yijae Dedah Bersara Dari Lakonan Dek Gangguan Seksual, Netizen ‘Petik’ Nama Pelakon Lelaki Ini

Heo Yijae Dedah Bersara Dari Lakonan Dek Gangguan Seksual, Netizen ‘Petik’ Nama Pelakon Lelaki Ini

Baru-baru ini, pelakon Heo Yi-jae membuat pengakuan berani mengenai sebab utama dia memilih untuk bersara daripada dunia lakonan pada tahun 2015.

Dilayan tanpa perasaan

Menerusi video saluran YouTube milik Way (bekas anggota kumpulan Crayon Pop) dia menjelaskan ianya berpunca daripada gangguan seksual seorang pelakon terkenal ketika mereka berlakon bersama.

Dia kata, hubungilah dia semasa hari cuti. Tetapi ketika itu saya sangat naif dan tak faham maksudnya, lalu menjawab, kita sudah berjumpa dan bekerja selama 20 jam sehari, jadi memang tidak perlu saling berhubungan.

Namun semuanya berubah selepas penolakan itu apabila Heo Yi-jae mula dihambur kata-kata cacian. Bahkan pelakon itu bertindak menyalahkannya apabila dia tidak mampu untuk menjayakan sesuatu lakonan meskipun wanita tersebut tidak berada dalam babak yang sama.gangguan seksual heo yijaeOleh sebab itu, Heo Yi-jae cuba berbincang dengan pelakon senior terbabit di dalam sebuah bilik, namun jawapan yang diberikannya sangat mengejutkan. Apabila dikatakan bahawa lakonan mereka sebagai pasangan bercinta nampak tidak meyakinkan, pelakon lelaki berkenaan memberikan cadangan yang tidak masuk akal.

Dia kata, kami perlu tidur bersama. Tapi saya tidak mahu melakukannya. Dia naik marah dan mula membaling barang di hadapannya selain mencarut kepada saya.

Luahan tersebut nyata mendapat perhatian ramai selain ada yang cuba mengorek siapakah identiti pelakon lelaki tersebut. Berasa kasihan dengan nasib yang menimpa Heo Yi-jae, mereka berharap agar pelakon yang masih aktif itu dan juga sudah mempunyai keluarga kini agar didedahkan supaya dia tidak dapat melakukan hal yang sama pada pelakon wanita lain.

Siapa pelakon lelaki itu?

Daripada hasil terjahan netizen, Oh Ji-ho menjadi nama yang disebut ramai. Menerusi sebuah video YouTube, pemiliknya telah memadankan kesemua bukti yang mengatakan bahawa pelakon lelaki itu menunjukkan ke arah Oh Ji-ho sebagai pelakunya.

Pertama sekali, Heo Yi-jae menyebut bahawa perkara itu berlaku ‘semasa merakamkan drama ketika masih naif’. Hal itu membuatkan ramai mengagak bahawa projek yang disebutkan ialah “Single Dad In Love” semasa dia berusia pertengahan 20 tahun.gangguan seksual heo yijaeMalah pelakon wanita itu ada menyebut semasa kejadian itu berlaku, pelakon lelaki berkenaan masih lagi belum berpunya namun sudah pun berkahwin kini. Perkara itu juga menguatkan dakwaan bahawa Oh Ji-ho ialah pelakunya.

Bukti lain ialah, pada ketika “Single Dad In Live” ditayangkan, terdapat komen yang mengatakan mereka nampak tidak sepadan sebagai pasangan kekasih memandangkan keduanya mempunyai jarak umur sebanyak 10 tahun, Selain pada itu, terdapat satu babak ciuman yang berlangsung selama sejam kerana kesukaran untuk menjayakannya.

Sekadar tebakan

Meskipun namanya disebut ramai, namun pihak Oh Ji-ho masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hal ini. Malah Heo Yi-jae sendiri meminta semua orang agar tidak ‘memetik’ nama sesiapa kerana memikirkan pelakon lelaki itu yang sudah berkeluarga.

Dalam pada itu, persatuan peminat rasmi Oh Ji-ho telah mengeluarkan kenyataan agar tidak menuduh pelakon berkenaan dengan dakwaan yang tidak pasti. Ini kerana mampu merosakkan imej mereka dalam jangka masa panjang.

Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...