Ikuti Kami:

Heechul Terlepas Cakap! Super Junior Rupanya Ada Lagi Satu ‘Group Chat’ Tanpa Leeteuk

Heechul Terlepas Cakap! Super Junior Rupanya Ada Lagi Satu ‘Group Chat’ Tanpa Leeteuk

Kumpulan popular Super Junior merupakan antara pelopor kepada ‘demam’ K-Pop di Malaysia. Lagu ‘hit’ mereka iaitu “Sorry Sorry” berjaya membuatkan mereka terkenal sehingga ke seluruh pelosok dunia! Hampir 14 tahun bersama, pasti ada episod suka dan duka yang dilalui oleh mereka sepanjang pengenalan itu. Tak semuanya indah, mereka juga ada berkongsi beberapa insiden di mana mereka telah bergaduh kerana sedikit salah faham sebelum ini.

Namun mengejutkan apabila mereka tanpa sengaja telah mendedahkan bahawa mereka mempunyai gorup chat tanpa menjemput Lee Teuk kedalamnya! Nampak benar ada aura kekok apabila dalam satu permainan di mana dua ahli diminta untuk menyatakan apa yang mereka tak puas hati antara satu sama lain. Apabila ketua kumpulan itu dan Heechul bertemu muka, ahli yang lain turut tak senang duduk.

leeteuk tiada dalam group chat suju

Heechul memulakan serangan dengan menyatakan bahawa Lee Teuk terlampau banyak bercakap di dalam group chat mereka dan dia tak faham kenapa dia tak boleh bersembang sahaja apabila mereka semua berjumpa.

Walaubagaimanapun, Heechul telah terlepas cakap dan berkata. “Saya tertanya-tanya jadi saya menyoal ke dalam group chat yang tiada awak….” Habis satu set kucar-kacir dengan kesemua ahli kumpulan Super Junior telah memarahi Heechul dan berkata. “Kenapa awak cakap pasal itu!”

leeteuk tiada dalam group chat super junior

Dalam keadaan panik itu, Lee Teuk telah meminta ahli kumpulan lain telefon bimbit mereka, “Bagi telefon bimbit awak! Saya nak tengok telefon bimbit awak!” Namun, mereka yang lain terus gelabah dan meminta supaya telefon bimbit mereka dihapuskan.

Nampak macam bergaduh tetapi mereka sangat rapat sehingga kesemua ahli kumpulan Super Junior boleh bergurau sebegitu rupa!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...