Melihatkan peribadinya di “Running Man”, semuanya pasti boleh agak bahawa Jun So-min merupakan seorang yang baik hati dan ceria.
Malah kebaikannya itu turut dikongsikan oleh seorang ibu pelakon kanak-kanak di set penggambaran drama pendek “Heesoo” baru-baru ini.
Hee-soo dengan ibunya Joo-eun.
Gambar pertama ialah babak kemalangan.. ini adalah pada Ogos lalu pada hari yang sangat panas. Dia duduk berkaki ayam di jalan tar yang keras dan panas. Namun Jun So-min meletakkan Yun-seul di ribanya dan melalui kesusahan itu seorang diri.
(Saya katakan tak perlu buat begitu namun dia asyik kata tak mengapa.)
View this post on Instagram
Ibu kanak-kanak itu terus berkongsi mengenai kebaikan Jun So-min ketika di set penggambaran tersebut,
Sebelum penggambaran bermula ataupun ketika mereka menyusun kamera, dia akan duduk di sebelahnya dan mula bercerita. Personaliti baik dan penyayang Jun So-min terserlah semasa dia menjaga Yun-seul.
Saya rasa sangat bertuah. Saya akan ingatkan hal ini sampai bila-bila~
Melihatkan perkongsian ini, rata-rata netizen juga tersentuh dan membanjiri ahli “Running Man” itu dengan pujian dek personalitinya yang peramah. Kata mereka, Yun-seul pastinya akan mengingati memori yang menyejukkan hati ini selamanya selain mengatakan bahawa hati Jun So-min secantik wajahnya.
Baiknya Jun So-min kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.