Utama Celebrity News “Hati Saya Rasa Pelik..” – Sambut Ulang Tahun Debut Ke-22, Shin Minah...

“Hati Saya Rasa Pelik..” – Sambut Ulang Tahun Debut Ke-22, Shin Minah Terima Hadiah Dari Peminat

shin minah

Pejam celik pejam celik, sudah 22 tahun Shin Min-ah berada dalam industri lakonan.

Terbaru pada 18 Mac, Shin Min-ah telah memuat naik beberapa gambar di Instaram Story, menunjukkan banyak hadiah yang diterimanya dari peminat sempena ulang tahun ke-22 pelakon itu sejak debut. Tulisnya dengan mengucapkan rasa terima kasih,

Saya baru menerimanya baru-baru ini. Terima kasih banyak untuk hadiah yang bernas ini.

Tambah pelakon “Our Blues” itu lagi,

Ya ampun, terdapat begitu ramai daripada saya di dunia ini. Ini betul-betul comel dan hati saya berasa pelik entah bagaimana. Terima kasih banyak-banyak.

shin minah

Khususnya dalam foto yang dikongsi, Shin Min-ah teruja dengan miniatur tanah liat watak yang pernah dimainkannya selama ini, yang sememangnya comel dan membuatkan hatinya tersentuh.

Selamat ulang tahun debut ke-22 Shin Min-ah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERHerald POP
Loading...