Ikuti Kami:

Hasil Pendapatan YouTube, Kim Jongkook Derma Hampir RM250K Buat Dua Buah Hospital

Hasil Pendapatan YouTube, Kim Jongkook Derma Hampir RM250K Buat Dua Buah Hospital

Nampaknya saluran YouTube Kim Jong-kook sememangnya ‘hot’ buat semua orang sejak ianya dilancarkan dua bulan yang lalu.

Bahkan salurannya itu sudah pun meraih 2 juta langganan, dan tersenarai sebagai 20 saluran selebriti Korea yang dianggarkan mendapat pendapatan tertinggi oleh Forbes Korea.

Seperti yang dijanjikan oleh lelaki berbadan sasa itu, dia akhirnya mengesahkan telah menderma pendapatan yang diterimanya menerusi saluran YouTube tersebut untuk membantu sesiapa yang memerlukan.

Pada 8 September, Kim Jong-kook mendedahkan bahawa dia sudah pun menepati janji tersebut dan menderma sebanyak 70 milion won (RM248,111) kepada dua buah hospital, di mana 50 milion won (RM177,222) untuk Pusat Perubatan Samsung di Seoul dan 20 milion won (RM70,899) buat Pertubuhan Perubatan Hyewon di Hospital Umum Sejong. Sumbangan tersebut akan disalurkan buat pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan kanak-kanak yang menghadapi masalah jantung.gym jongkook donationMenurut pengumuman Kim Jong-kook,

Hello! Ini ialah Kim Jong-kook! Walaupun terlambat, saya telah memberikan sumbangan seperti yang dijanjikan dahulu! Saya berharap ianya akan disalurkan untuk sesuatu yang baik, saya membuat keputusan untuk menderma di mana selepas berfikir secara mendalam.

Disebabkan ini ialah sumbangan yang dibuat kerana sokongan dan dedikasi semua, ianya semakin bermakna. Saya berharap agar anda semua akan menjalani hari yang sihat! Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada sumbangan baik ini.

Baiknya Kim Jong-kook! Anda layan tak video senaman di saluran YouTube miliknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...