Ikuti Kami:

Hargai Staf Kerja Ketika Chuseok, Kim Seonho & Shin Minah Hantar Trak Makanan Di Set ‘Hometown Cha Cha Cha’

Hargai Staf Kerja Ketika Chuseok, Kim Seonho & Shin Minah Hantar Trak Makanan Di Set ‘Hometown Cha Cha Cha’

Umum mengetahui bahawa Korea menyambut perayaan Chuseok kelmarin. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai drama yang masih lagi dalam penggambaran lantas memerlukan staf produksi untuk bekerja pada hari yang penting tersebut.

Bagi menghargai jasa mereka, Kim Seon-ho dan Shin Min-ah khabarnya telah bergabung tenaga bagi menghantar trak makanan buat staf “Hometown Cha Cha Cha” kelmarin.

Bahkan mereka turut melakukan hal yang sama pada hari ini, secara tak langsung para staf di set mendapat makanan lazat selama dua hari berturut-turut. Baik kan?

Tertulis di banting ialah,

Kerana ia ‘Chuseok’, habiskan masa bersama ‘Shikhye’.

kim seonho dan shin minah kim seonho dan shin minah

Rata-rata peminat memuji Kim Seon-ho dan Shin Min-ah kerana mengingati para staf selain seronok melihat hubungan mereka yang baik selepas berlakon bersama.

Mesti kesemua staf tersentuh dengan kebaikan mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...