Ikuti Kami:

Hanya ‘Hometown Cha Cha Cha’ K-Drama Dalam Ranking Top 10 Program TV Di Netflix Global

Hanya ‘Hometown Cha Cha Cha’ K-Drama Dalam Ranking Top 10 Program TV Di Netflix Global

Tidak dapat dinafikan bahawa “Hometown Cha Cha Cha” memang menjadi sebutan ramai peminat K-Drama sejak ditayangkan dua minggu lalu, betul tak?

Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Bukan sahaja popular di Korea, malah drama romantik ini turut menjadi kegilaan penonton daripada luar negara. Hal ini terbukti apabila ia merupakan satu-satunya K-Drama yang tersenarai dalam ranking program TV top 10 di Netflix Global kini.

netflix hometown cha cha cha

Memang hebat penangan ‘dimple couple’ ataupun ‘shik-hye’? Rasanya siapa sukakan drama yang tenang dan menghiburkan, sudah pasti “Hometown Cha Cha Cha” merupakan naskhah terbaik buat anda.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...