Drama legenda “My Name is Kim Sam Soon” akan kembali dalam versi pengarah 8 episod selepas 19 tahun.
Keseluruhan siri “My Name is Kim Sam Soon 2024 (4K) [Director’s Cut],” yang merupakan pembuka tirai untuk projek “New Classic” oleh Wavve, platform yang memiliki koleksi K-drama terbesar, akan dikeluarkan pada 6 haribulan ini.
“My Name is Kim Sam Soon,” yang pertama kali disiarkan pada tahun 2005, menjadi fenomena dengan kisahnya yang memberi semangat kepada semua wanita biasa di negara itu.
Ulas pengarah Kim Yoon-chul, dia mengikuti tiga prinsip: memendekkan siri asal kepada 8 episod tanpa merosakkan jalan cerita asal, menyunting dialog dan tindakan yang dianggap sebagai ‘klise’ dengan teliti, dan mencipta pengakhiran yang menggoda penonton untuk menantikan episod seterusnya seperti dalam trend siri terkini.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi