Ikuti Kami:

Hangat! Majalah Gandingkan Gong Yoo & Park Bogum Terjual Habis Dalam Masa 3 Jam Sahaja

Hangat! Majalah Gandingkan Gong Yoo & Park Bogum Terjual Habis Dalam Masa 3 Jam Sahaja

Bagi mempromosikan filem terbaru mereka iaitu “Seobok”, pelakon Gong Yoo dan Park Bo-gum telah bergandingan bahu bagi merakamkan pelbagai foto menarik buat majalah filem “Cine21”.

Selepas ia diriliskan, memang ramai yang kagum melihat keserasian mereka selain wajah tampan keduanya yang tiada kekurangan langsung.

Terbukti popular dalam kalangan orang awam, dikhabarkan bahawa edisi majalah yang menampilkan Gong Yoo dan Park Bo-gum sebagai wajah utama itu berjaya dijual habis dalam masa 3 jam sahaja!

gong yoo dan park bogum

Malah editor majalah tersebut terpaksa mengumumkan sendiri mengenai penjualan majalah tersebut yang kini hanya boleh dibeli menerusi laman atas talian YES24 sahaja.

gong yoo dan park bogum gong yoo dan park bogum

Dahsyat betul penangan gandingan dua aktor hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...