Ikuti Kami:

Han Sohee & Song Kang Ditawar Berlakon Dalam Drama Romantik Adaptasi Webtoon ‘I Know But’

Han Sohee & Song Kang Ditawar Berlakon Dalam Drama Romantik Adaptasi Webtoon ‘I Know But’

Walaupun baru sahaja disahkan bakal menerajui drama bersiri Netflix “Undercover”, dikhabarkan bahawa Han So-hee kini dalam pertimbangan untuk muncul dalam sebuah drama romantik.

Drama “I Know But” diadaptasi daripada sebuah webtoon dengan tajuk yang sama. Ia membawa kisah seorang wanita bernama Na-bi yang tak percayakan cinta tetapi tetap mahu menjalinkan hubungan dan seorang lelaki bernama Jae-eon yang merasakan bahawa percintaan itu merimaskan tetapi tetap mengorat wanita di luar sana.

Malah watak lelaki utama itu difahamkan telah ditawarkan kepada pelakon Song Kang yang popular menerusi drama “Love Alarm”.

webtoon i know but

Webtoon “I Know But”

Kedua-dua agensi pelakon tersebut mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut tetapi mereka masih lagi dalam proses meneliti dan mempertimbangkannya.

Dengar cerita, “I Know But” bakal ke udara di saluran JTBC pada pertengahan awal tahun depan. Sama-sama kita nantikan update mengenai drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...