Ikuti Kami:

Han Sohee Hanya Tahu ‘Babak Intim’ Ketika Penggambaran, Pengarah & Penulis ‘My Name’ Dikritik

Han Sohee Hanya Tahu ‘Babak Intim’ Ketika Penggambaran, Pengarah & Penulis ‘My Name’ Dikritik

Menunjukkan lakonan yang berlainan daripada selalunya menerusi “My Name”, Han So-hee nyata membuktikan bahawa dia pelakon versatil dan tidak hanya mampu membawa watak ‘cantik’ sahaja.

Bagi menjawab segala persoalan mengenai siri Netflix itu, Han So-hee telah menyertai satu temuramah atas talian dan membuat pendedahan mengejutkan mengenai babak intimnya bersama Ahn Bo-hyun.

Saya hanya mengetahui mengenai babak itu semasa sudah memulakan penggambaran.

han sohee my name

Semasa mengetahui mengenainya, perkara yang berlegar-legar dalam fikiran Han So-hee ialah,

Adakah ini okay? Saya ingat ianya akan mengganggu fokus. Selepas berbincang dengan pengarah dan penulis, bukannya menganggap bahawa ia adalah babak intim yang dipenuhi cinta, ia adalah kali pertama Ji-woo merasai seperti manusia dan ianya adalah permulaannya mahu hidup seperti manusia.

Rata-rata penonton turut meninggalkan komen sepertinya tidak bersetuju dengan pendekatan produksi “My Name” itu,

Agak sukar untuk mereka mengatakan tidak sekiranya hanya mengetahui mengenai babak intim semasa penggambaran.

 

Tak tahu tentang benda lain, tapi bukankah sepatutnya pelakon tahu mengenai babak intim daripada awal sebelum mereka menandatangani kontrak lagi.

 

Pastinya sukar untuk pelakon menolak.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...