Ikuti Kami:

Han Sohee Dilamar Terajui Drama Thriller ‘Gyeongseong Culture’ Bersama Park Seojoon

Han Sohee Dilamar Terajui Drama Thriller ‘Gyeongseong Culture’ Bersama Park Seojoon

Sedang sibuk dengan dua drama kini, nampaknya Han So-hee kekal menjadi rebutan produser K-Drama!

Menurut laporan media, pelakon wanita itu telah dilamar untuk membintangi drama “Gyeongseong Culture” di samping Park Seo-joon. Respon agensi Han So-hee pula ialah,

Han So-hee ada menerima tawaran ‘Gyeongseong Culture’ dan sedang menelitinya.

“Gyeongseong Creature” ialah sebuah thriller mengenai kelangsungan hidup dan maruah manusia. Ia mengisahkan anak muda yang tinggal dalam waktu di mana kedaulatan dan hak dirampas dan mereka perlu melampau garisan supaya dapat merasai walau sedikit pun kebahagiaan.

drama gyeongseong culture

Untuk pengetahuan anda, Park Seo-joon turut dalam diskusi untuk membintangi drama ini sebagai heronya yang bernama Jang Tae-sang iaitu seorang lelaki kaya di Bukchon. Langsung tidak kisahkan mengenai keadilan, dia lebih pentingkan mengenai kekejaman realiti kehidupannya. Walaubagaimanapun, dia menghadapi ancaman apabila bertemu dengan seorang wanita yang megubah hidupnya.

Sama-sama kita nantikan sama ada mereka akan menerima tawaran ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...