Ikuti Kami:

Han Sohee & Ahn Bohyun Bergandingan Sebagai Teraju Utama Siri Netflix Bertema Jenayah ‘Nemesis’

Han Sohee & Ahn Bohyun Bergandingan Sebagai Teraju Utama Siri Netflix Bertema Jenayah ‘Nemesis’

Nampaknya berita dilaporkan sebelum ini yang mengatakan bahawa Han So-hee bakal berlakon dalam sebuah siri asal Netflix tak lama lagi bukan lagi imaginasi peminat. Bahkan terdapat seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik pun dikhabarkan telah menyertai naskhah tersebut.

Menurut laporan media, Ahn Bo-hyun telah disahkan menyertai siri asal Netflix yang bertajuk “Nemesis” itu (sebelum ini dikenali dengan nama “Undercover”). Lelaki itu bakal membawa watak Jeon Pil-do iaitu seorang bekas atlet pertahanan diri Judo yang kini sudah pun menjadi seorang detektif.

Manakala watak yang ditawarkan kepada Han So-hee ialah Seo Ji-woo, seorang pegawai polis yang menyelinap dan menyamar sebagai ahli geng jenayah terancang bagi membalas dendam ke atas kematian ayahnya.

ahn bohyun dan han sohee berganding dalam nemesis

Naskhah ini mendapat perhatian ramai memandangkan ia akan diarahkan oleh Kim Jin-min iaitu pengarah disebalik drama hebat “Extracurricular” yang baru sahaja ditayangkan menerusi laman penstriman popular itu.

Menarik betul kombinasi Han So-hee dan Ahn Bo-hyun kan? Tambahan pula mereka berdua lebih dikenali sebagai watak antagonis sebelum ini menerusi drama “The World Of The Married” dan “Itaewon Class”, kini bakal mencabar watak utama pula!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...