Ikuti Kami:

Han Sohee Ahli Organisasi Dadah Menyamar Dalam Agensi Polis, Netflix Kongsi Barisan Pelakon ‘Undercover’

Han Sohee Ahli Organisasi Dadah Menyamar Dalam Agensi Polis, Netflix Kongsi Barisan Pelakon ‘Undercover’

Setelah hanya khabar angin yang berterbangan, akhirnya Netflix mengesahkan barisan pelakon untuk drama noir “Undercover”.

Drama ini membawa kisah Ji-woo yang menyertai sindiket pengedaran dadah dan menjadi tali barut di dalam agensi polis untuk mencari kebenaran disebalik kematian ayahnya. Dalam menjalankan misi membalas dendamnya itu, wanita itu berdepan dengan kenyataan yang menyakitkan.

Han So-hee disahkan bakal membawa watak Yun Ji-woo yang memasuki organisasi jenayah untuk membalas dendam bagi pihak ayahnya yang mati atas alasan mencurigakan. Dia menyamar sebagai ejen perisik untuk organisasi tersebut dalam agensi polis bagi menyelongkar kisah sebenar yang menyelubungi kematian ayahnya.

netflix undercover

Dari kiri: Han So-hee, Park Hee-sun, Ahn Bo-hyun

Park Hee-sun pula akan membawa watak Choi Mu-jin yang merupakan raja dadah negara yang beroperasi di Dongcheon. Merupakan seorang yang tidak boleh diagak, dia mengambil Yun Ji-woo di bawah jagaannya dan melatihnya menjadi ejen penyamar. Ahn Bo-hyun akan berlakon sebagai Jeon Pil-do, seorang detektif yang bertugas dalam unit narkotik. Dia juga merupakan rakan sekerja Ji-woo yang berdedikasi dan berani ketika menyiasat.

Kim Sang-ho menggalas tugas sebagai Cha Gi-ho, ketua di unit narkotik. Bakal bersara, dia menjadi obses dalam mengejar Choi Mu-jin dan ingin membanteras kancah dadah yang berleluasa itu.

netflix undercover

Dari kiri: Kim Sang-ho, Lee Hak-joo, Jang Yul

Bawa watak sebagai orang kanan Choi Mu-jin, Lee Hak-joo akan tunjuk taring sekali lagi sebagai antagonis yang menunjukkan kesetiaan dan kepatuhan kepada raja dadah itu. Jang Yul bakal melakonkan watak sebagai Do Gang-jae iaitu ahli kancah dadah itu yang dibuang kerana menimbulkan masalah. Dia kemudiannya cuba membalas dendam terhdap Yun Ji-woo dan membuatkan kisah ini menjadi lebih serabut.

Mesti semua dah tak sabar kan? Tonton “Undercover” hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...