Ikuti Kami:

Hampiri Rating 30%, Drama Hujung Minggu ‘Once Again’ Lakonan Lee Minjung Jadi Kegilaan Ramai Penonton

Hampiri Rating 30%, Drama Hujung Minggu ‘Once Again’ Lakonan Lee Minjung Jadi Kegilaan Ramai Penonton

Siapa yang biasa tonton drama Korea hujung minggu pasti tahu bahawa panjang episodnya boleh mencecah sehingga ke angka 100. Pun begitu, rating untuk drama sebegini sangatlah tinggi kerana ianya ditonton oleh golongan umur pertengahan dan mereka sanggup terpacak di depan televisyen sehinggalah berbulan-bulan lamanya bagi menghabiskan sesuatu naskhah itu.

Kalau anda nak tahu, slot drama sebegini biasanya mengangkat tema kekeluargaan dan kejiranan. Jadi, mesej yang dibawa sentiasa dekat di hati penonton. Samalah seperti drama “Once Again” yang sedang ditayangkan kini di saluran KBS. Malahan rating tertinggi yang dicapai olehnya bukan ‘kaleng-kaleng’ tahu di mana catatannya ialah 29.9%.

drama hujung minggu once again

Sebab kenapa anda perlu menonton drama ini!

Lakonan mantap kesemua pelakon

Salah satu faktor yang menyumbang kepada rating tinggi menggunung drama ini ialah lakonan para pelakon yang tiada masalah langsung. Tak cukup dengan itu, malahan setiap daripada mereka mempunyai keserasian dengan setiap watak yang ada dalam naskhah ini. Barisan utama yang menjayakan drama ini ialah Chun Ho-jin, Cha Hwa-yeon, Kim Bo-yeon, Lee Jung-eun, Lee Min-jung, Lee Sang-yeob, Oh Dae-hwan, Oh Yoon-ah, Lee Cho-hee dan banyak lagi.

Kisah yang difahami penonton

Penulis drama ini mampu mengetengahkan isu penceraian dari sudut yang menyegarkan dan juga menyejukkan hati. Dalam masa yang sama, pengarah “Once Again” juga berjaya menyelitkan masalah yang dihadapi di antara ibu bapa dan anak-anak akibat penceraian.

Lagi pula, penonton tertarik dengan plot naskhah ini yang berjalan dengan pantas. Bukan sahaja keempat-empat beradik membuat keputusan untuk bercerai dan memutuskan pertunangan daripada awal drama malahan mereka tidak takut untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Contohnya apabila Song Na-hee (Lee Min-jung) membentangkan isu tekanan daripada rakan sebaya semasa keluar makan bersama rakan sekerjanya, di mana rata-rata penonton merasakan kesegaran terhadap wanita itu yang jujur.

drama hujung minggu once again

Karakter dengan pelbagai latar belakang

Salah satu kelebihan drama ini ialah setiap watak mempunyai cerita unik tersendiri. Bukan sahaja watak ayah Song Young-dal (Chun Ho-jin) yang kedekut dan ibu yang degil, Jang Ok-book (Cha Hwa-yeon) tetapi keluarga ini dihiasi dengan pelakon lagak ngeri berusia 40 tahun yang optimistik iaitu Song Joon-sun (Oh Dae-hwan), Song Ga-hee (Oh Yoon-ah) yang menawan hati, Song Na-hee yang realistik dan anak bongsu Song Da-hee (Lee Cho-hee).

drama hujung minggu once again

Kepada sesiapa yang suka menonton drama kekeluargaan sebegini, pastikan anda ikuti drama “Once Again”.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...