Dengan pelbagai drama Korea yang dikeluarkan pada setiap tahun, pasti ada drama yang paling dekat di hati penonton, kan?
Dari genre romantik ke misteri, setiap penonton mempunyai citarasa yang tersendiri tentang jalan cerita drama yang akan menjadi pilihan mereka. Oleh itu, akan ada beberapa K-Drama yang paling menonjol dan menarik perhatian di Korea.
Kali ini, Kimchi Daily akan berkongsi Top 10 K-Drama yang mempunyai rating tertinggi di saluran kabel Korea Selatan. Jom lihat!
10. VINCENZO – 14.636%
“Vincenzo” drama komedi thriller yang diterajui oleh Song Joong-ki dan Jeon Yeo-been telah berjaya tersenarai dalam K-Drama yang mempunyai rating tinggi pada episod akhirnya. Membawa kisah tentang seorang peguam, yang bekerja untuk Mafia sebagai consigliere dan melarikan diri ke Korea Selatan, “Vincenzo” telah berjaya mencuri perhatian penonton dengan rating sebanyak 14.636% yang dicatatkan pada episod akhirnya.
9. ITAEWON CLASS – 16.458%
Bermula dengan rating hanya 4.983% pada tayangan episod perdananya, “Itaewon Class” telah membuktikan dengan jalan ceritanya yang menarik dan unik, ianya telah berjaya mencatkan rating sebanyak 16.458% pada episod terkahirnya, iaitu empat kali ganda dari episod pertama.
8. LOVE (FT. MARRIAGE AND DIVORCE) MUSIM 2 – 16.582%
Tampil dengan musim kedua, “Love (ft. Marriage and Divorce)” masih kekal mencatatkan rating tinggi pada episod akhirnya iaitu sebanyak 16.582%. Bagi yang belum tahu, drama ini berkisar tentang tiga pasangan yang berpecah dalam tiga kumpulan umur yang berbeza. Ketiga-tiga lelaki itu curang dengan pasangan masing-masing dan kelihatan bersedia untuk menceraikan pasangan mereka. Ia juga merupakan drama TV Chosun yang mendapat penilaian tertinggi sepanjang masa, setakat ini.
7. MR. QUEEN – 17.371%
“Mr. Queen” ialah sebuah drama komedi pertukaran badan yang lucu dan ditulis dengan baik, berlatar belakangkan di tengah-tengah Era Joseon. Diterajui oleh Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun, drama bersejarah ini sudah pasti merupakan naskhah yang sangat mantap dan menyeronokkan, sehingga berjaya merekodkan rating 17.371% pada tayangan episod terakhirnya.
6. MR. SUNSHINE – 18.129%
“Mr. Sunshine” ialah karya zaman epik yang menggabungkan visual yang mengagumkan dengan cerita yang ditulis dengan sangat baik. Ditambah dengan lakonan yang cemerlang oleh pelakon utama Kim Tae-ri dan Lee Byung-hun, ini adalah salah satu drama Korea yang harus ditonton! Untuk pengetahuan, drama yang ditayangkan di saluran tvN ini telah mencatkan rating 18.129% pada episod akhirnya.
5. GOBLIN – 18.680%
Ada ke peminat K-Drama yang tidak pernah dengar mengenai drama “Goblin”? “Goblin” ialah drama yang sesuai buat penonton yang menggemari drama bertemakan fantasi. Diterajui oleh pelakon hebat Gong Yoo dan Kim Go-eun, naskhah ini telah mencapai rating 18.680% pada episod akhirnya, meskipun hanya bermula dengan rating 6.322% pada episod pertama.
4. REPLY 1988 – 18.803%
https://www.youtube.com/watch?v=Yh165aGvdPQ
Walaupun mempunyai episod yang lebih banyak berbanding dengan drama lain iaitu 20 episod, “Reply 1988” telah mencatkan rating sebanyak 6% pada episod pertama dan berakhir dengan rating tiga kali ganda iaitu 18.803%. Nampaknya gabungan percintaan, komedi dan drama dalam naskhah ini, berjaya menambat hati penonton.
3. CRASH LANDING ON YOU – 21.683%
Diterajui oleh pasangan yang baru sahaja berkahwin Hyunbin dan Son Ye-jin, “Crash Landing On You” berkisar tentang seorang wanita Korea Selatan yang tidak sengaja terkandas di Korea Utara. Pada episod akhirnya pada 16 Feb 2020, drama tersebut telah berjaya mencatatkan rating 21.683%, menjadikannya antara drama Korea dengan rating tertinggi di saluran kabel pada 2020!
2. SKY CASTLE – 23.779%
Bermula dengan rating 1% pada episod awalnya, “Sky Castle” berjaya mencipta pencapaian luar biasa dengan rating sebanyak 23.779% pada episod terakhirnya. “Sky Castle” ialah drama tentang empat suri rumah yang tinggal di kawasan perumahan eksklusif, terdesak untuk memasukkan anak-anak mereka ke universiti tidak kira kosnya.
1. THE WORLD OF THE MARRIED – 28.371%
“The World of the Married” ialah drama dengan rating tertinggi dalam sejarah televisyen kabel Korea, yang mencatatkan rating 28.371% pada episod terakhirnya. Bagi yang belum tahu, drama ini berkisar tentang pasangan suami isteri yang mengkhianati antara satu sama lain dan membawa kepada pusaran dendam, kesedihan, kemaafan serta penyembuhan.
Korang dah tonton belum semua K-Drama yang tersenarai ini?