Ikuti Kami:

Sudah Hampir Setahun Bersama, Lee Seunggi & Lee Dain Akui Sedang Bercinta

Sudah Hampir Setahun Bersama, Lee Seunggi & Lee Dain Akui Sedang Bercinta

Wow! Berita baik untuk peminat Lee Seung-gi. Lelaki itu disahkan sudah setahun berpacaran dengan pelakon Lee Da-in.

Menurut laporan media, Lee Seung-gi dan Lee Da-in sudah pun bercinta sejak penghujung tahun lalu. Khabarnya, mereka mula rapat kerana mempunyai hobi yang sama iaitu bermain golf selain sering berkongsi mengenai hal lakonan.

Katanya ramai orang dalam industri yang mengetahui mengenai perhubungan tersebut selain Lee Seung-gi yang sering menghabiskan masa bersama dengan kekasihnya apabila dia tidak sibuk dengan penggambaran “Mouse”.

lee seunggi dan lee dain

Kata agensi Lee Da-in,

Kami sudah menanyakan hal ini kepada Lee Da-in sendiri dan dia mnyatakan bahaw mereka berkenalan sebagai senior-junior lakonan dan sudah mula mengenali satu sama lain sejak 5 ke 6 bulan lalu. Sila berikan sokongan yang perhatian sewajarnya kepada keduanya agar mereka dapat menjalinkan hubungan ini dengan baik.

Kalau anda nak tahu, Lee Da-in merupakan anak kepada pelakon Kyung Mi-ri dan adik kepada pelakon Lee Yoo-bi. Dia mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2014 dan baru-baru ini muncul dalam drama “Alice”.

Tahniah buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...