WOO!AH! akan menyertai barisan kemunculan semula untuk Januari 2022!
Pada 17 Disember, NV Entertainment menyatakan,
WOO!AH! akan mengeluarkan single digital baharu pada 4 Januari tahun depan.
Single digital baharu kumpulan itu digubah oleh Collapsedone dan Lee Hae-sol, penerbit yang diketahui telah bekerjasama dengan pelbagai artis JYP Entertainment termasuk WONDER GIRLS, 2PM, GOT7, TWICE, DAY6 dan ramai lagi.
Ini akan menandakan kemunculan semula WOO!AH! selepas lapan bulan, berikutan album single terdahulu mereka “WISH” dikeluarkan pada Mei tahun ini. Ramai yang menantikan penambilan baharu WOO!AH! yang akan didedahkan menerusi lagu mereka yang akan datang.
Single digital baharu WOO!AH! akan dikeluarkan melalui pelbagai platform muzik pada 4 Januari 2022!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.