Ikuti Kami:

‘Hakim Syaitan’ Buat Penonton Teruja, Episod Awal ‘The Devil Judge’ Raih Rating Memuaskan

‘Hakim Syaitan’ Buat Penonton Teruja, Episod Awal ‘The Devil Judge’ Raih Rating Memuaskan

Akhirnya! Jisung kembali juga dengan drama baru bertajuk “The Devil Judge”.

Sinopsis

Kalau anda nak tahu, drama ini berlatarbelakangkan dunia alternatif (alternate universe) atau Korea versi distopia di mana seluruh negara menyertai perbicaraan dalam mahkamah menerusi siaran langsung. Ji Sung membawa watak Kang Yo-han, ketua hakim yang menyimpan hasrat misteri, Kim Min-jung melakonkan watak Jung Sun-ah, musuh ketat Kang Yo-han dan merupakan pengarah di pertubuhan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

tvn the devil judge Awal mengujakan

[Amaran SPOILER]

Unik berbanding drama perundangan lain, drama ini menampilkan keputusan hukuman pesalah ditentukan oleh netizen sendiri berdasarkan undian mereka ketika perbicaraan secara langsung dijalankan.

Mempunyai perwatakan yang dingin dan mengelirukan seperti ‘syaitan’, tiada siapa tahu apa yang bermain di dalam fikiran Kang Yo-han. Malah dia pandai berlakon seperti bersimpati dengan keluarga mangsa namun berubah wajah kemudiannya tanpa bicara. Walaubagaimanapun, pembantu hakim, Kim Ga-on (Jin-young) sentiasa memerhatikan tindak-tanduknya dan turut menyimpan rahsia di antara mereka.

tvn the devil judge

Masih di peringkat awal, banyak lagi wajah dan niat yang diselindungi oleh Kang Yo-han. Sepertinya penonton perlu menonton beberapa episod lagi untuk mengetahui sama ada hakim itu berada di pihak yang benar ataupun salah.

Rating baik

Mungkin disebabkan plot yang menarik, “The Devil Judge” berjaya mencatat rating tinggi pada episod pertamanya iaitu 5.6%. Bahkan ia turut menduduki tempat pertama bagi keseluruhan saluran kabel bagi slot tayangan tersebut.

Meskipun menunjukkan sedikit penurunan ketika tayangan episod keduanya iaitu 5.1% namun para penonton meluahkan keseronokan mereka melihat drama perundangan ini.

Bagi yang belum saksikan, jangan lupa menonton episod awal “The Devil Judge”, pasti tak menyesal!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...