Ikuti Kami:

Haha Akan Kembali Sebagai Penyanyi Dengan EP Baru ‘Blank’

Haha Akan Kembali Sebagai Penyanyi Dengan EP Baru ‘Blank’

Penghibur dengan pelbagai bakat Haha atau nama sebenar Ha Dong-hoon, akan kembali sebagai penyanyi!

Agensi penyanyi itu, Quan Entertainment, mengumumkan pada 2 Disember,

Haha akan mengeluarkan EP baharu ‘Blank’ pada 8 Disember ini.

Di samping itu, agensi itu mengeluarkan jadual untuk keluaran baharu ini. Menurut jadual, Haha secara rasmi akan mula mengeluarkan teaser, bermula dengan teaser karya seni dan foto konsep, teaser video persembahan dan teaser muzik video.

Di samping itu, dia mengeluarkan foto konsep di mana dia memancarkan karismanya dalam latar belakang biru terang. EP baharu Haha ialah album EP pertamanya dalam tempoh sepuluh tahun sejak keluaran mini albumnya “Quan Ninomarley AKA HaHa Reggae Wave”, yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Haha mendedahkan bahawa EP ini akan menjadi seperti biografinya, yang mana dia akan berkongsi tentang pemikirannya yang jujur. Ramai yang teruja apabila Haha akan kembali sebagai penyanyi, selepas dia aktif dalam pelbagai program hiburan sebagai penghibur dan bukannya penyanyi. Dia dijangka bakal mempamerkan karisma dan daya tarikannya menerusi EP ini.

Jangan lupa 8 Disember ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...