Ikuti Kami:

Hadiri Tadika Antarabangsa Elit, Jun Jihyun Dilapor Bayar Yuran Anak Lebih RM120K Setahun

Hadiri Tadika Antarabangsa Elit, Jun Jihyun Dilapor Bayar Yuran Anak Lebih RM120K Setahun

Popular hampir berbelas tahun lamanya, sudah pasti Jun Ji-hyun berjaya memiliki kehidupan yang selesa dengan segala pendapatan yang diterimanya.

Selepas mendapat perhatian kerana menjadi selebriti Korea dengan pendapatan terbanyak untuk tahun 2021, nama pelakon wanita itu sekali lagi disebut dek khabar angin yang berterbangan mengenai status persekolahan anaknya yang berusia 5 tahun.jun jihyun chadwick international schoolKhabarnya, kanak-kanak itu telah pun diterima memasuki Chadwick International School yang terletak di Incheon. Dia akan memulakan kursus pra-sekolah di Village School yang merupakan program tadika di sekolah swasta berkenaan.

Kalau anda nak tahu, Chadwick International School ialah sekolah di bawah Chadwick School yang merupakan sekolah swasta Amerika Syarikat yang terletak di Los Angeles, California. Terkenal kerana status elit, hanya anak keluarga daripada 1% teratas yang boleh menghadirinya.jun jihyunPaling mengejutkan apabila tadika itu dikatakan mempunyai jumlah bayaran sebanyak (RM127,717) untuk setahun.

Khabarnya, Chadwick International School menawarkan program sehingga ke gred 12 di mana yuran yang perlu dibayar akan meningkat pada saban tahun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...