Ikuti Kami:

Hadiah Penutup Tahun 2022, Kim Sejeong, Han Sohee & Ramai Lagi Rangkul Anugerah Di AAA Awards 2022

Hadiah Penutup Tahun 2022, Kim Sejeong, Han Sohee & Ramai Lagi Rangkul Anugerah Di AAA Awards 2022

Meriah kan tengok majlis anugerah Asia Artist Awards baru-baru ini kan?

Kemenangan yang diraih semestinya suatu kejayaan yang cukup mengagumkan bagi artis-artis hiburan Korea di majlis anugerah AAA 2022 yang diadakan di Nagoya, Jepun. park minyoungRata-rata dalam kalangan pelakon dan penyanyi yang hadir nyatanya berjaya mencuri tumpuan dengan pakaian yang diperagakan malah peminat turut teruja apabila beberapa video interaksi antara artis mula tular di laman media sosial.

Antara artis yang berjaya melakar kemenangan luar biasa adalah idola yang menjengah ke dalam dunia lakonan iaitu Kwon Yuri dan juga Kim Se-jeong yang merangkul anugerah “Best Actor Award” bagi kategori wanita.

Yuri yang juga merupakan ahli Girls’ Generation itu berkata,

Terima kasih kerana memberi saya sebanyak tiga anugerah hari ini. Kerana ini juga, sambutan hujung tahun saya akan menjadi lebih bermakna. Anugerah ini juga adalah lebih ‘cool’ berbanding anugerah lain. Saya sangat gembira dan bersyukur. Terima kasih AAA!

Kim Se-jeong juga sempat berkongsi ucapannya,

Terima kasih atas anugerah ini. Senior saya berkata seorang pelakon kena belajar dan terus belajar untuk terus jadi yang terbaik. Saya akan terus berusaha jadi pelakon yang baik. 

Selain itu juga, pelakon Han So-hee, Seo In-guk dan Park Min-young juga telah berjaya memenangi anugerah “Best Artist Award” bagi kategori pelakon di majlis anugerah tersebut.

Han So-hee juga memberikan ucapannya dengan berkata,

Ia satu penghormatan untuk bersama dengan artis-artis hebat yang mewakili negara kita hari ini. Saya ingin mengucapkan terima masih kepada agensi saya dan rakan sekerja kerana menjadikan siapa diri saya yang sekarang. Saya akan cuba terus jadi yang terbaik. 

Kemenangan yang diraih Park Min-young kali ini dilihat berjaya mengatasi kontroversi yang melandanya sebelumn ini.

Tahun ini sememangnya tidak mudah untuk saya. Jadi, mulai sekarang, saya akan terus berkerja keras dan menjadi pelakon yang tidak akan menghampakan semua. Saya akan berpegang dengan janji saya. 

Memang semua layak menang! Tahniah buat nama-nama hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...