Ikuti Kami:

Habiskan Masa Di Gimnasium Hampir Setiap Hari, Gong Yoo Tekun Bina Badan

Habiskan Masa Di Gimnasium Hampir Setiap Hari, Gong Yoo Tekun Bina Badan

Walaupun semua orang mengetahui bahawa Gong Yoo memiliki tubuh badan yang sasa namun pelatih peribadinya telah tampil dan mengesahkan perkara tersebut!

Baru-baru ini, ‘allure Korea’ telah meriliskan satu episod baru bagi siri ‘allure Fit’ di mana ia membawa penonton melihat rutin kesihatan ramai selebriti popular. Untuk episod istimewa ini, pelatih peribadi tersebut telah mendedahkan pelbagai rahsia mengenai tubuh badan dan rutin Gong Yoo.

Dia sangat hebat. Sangat hebat. Apabila anda melihatnya dalam dunia nyata, dia nampak lebih hebat. Saya tak bergurau, dia adalah terbaik.

gong yoo badan sasa

Menurut pelatih peribadi itu, Gong Yoo datang ke pusat gimnasium hampir saban hari. Pelakon itu akan menghabiskan masa lebih kurang 3 jam setiap kali lawatannya termasuklah waktu rehat. Jelasnya lagi, Gong Yoo bersenam selama 2 jam bagi setiap sesi.

Pelakon popular itu juga dikatakan mempunyai motivasi yang kuat ketika bersenam.

Ada masa yang saya perlu hentikan dia. Saya cakap, ‘Hyung, awak adalah seorang selebriti.’ Saya rasa cara dia bersenam bergantung sama ada dia mempunyai projek atau pun tidak. Apabila tiada projekm dia suka jadikan badannya sasa. Tetapi apabila mempunyai projek, dia bersenam mengikut kesesuaian fizikal karakter yang dibawanya.

gong yoo badan sasa

Patutlah badan Gong Yoo sasa dan tegap sahaja, rupanya saban hari dia singgah ke gimnasium.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...