Utama Drama Korea Guna Rakaman Runtuhan Bangunan Gwangju, ‘The Penthouse 3’ Minta Maaf & Tarik...

Guna Rakaman Runtuhan Bangunan Gwangju, ‘The Penthouse 3’ Minta Maaf & Tarik Siaran Ulangan

kontroversi the penthouse

Baru-baru ini, “The Penthouse 3” telah dikritik orang ramai kerana menggunakan rakaman asal tragedi runtuhan bangunan Gwangju bagi menggambarkan Hera Palace yang jatuh menyembah bumi selepas dibom oleh Joo Dan-tae.

Dikecam tidak sensitif, pihak drama itu akhirnya membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan mereka,

Kami ialah staf produksi ‘The Penthouse 3.

Kami telah mengesahkan bahawa rakaman tidak sensitif daripada runtuhan bangunan Gwangju dan gempa bumi Pohang pada 2017 telah digunakan dalam tayangan 3 September ‘The Penthouse 3’.

Kami ingin menunduk dan memohon maaf kepada kesemua mangsa runtuhan bangunan Gwangju dan gempa bumi Pohang serta keluarga mereka, dan juga penonton dek insiden ini.

Selepas kami mengesahkan rakaman bermasalah itu, kami telah meminta semua perkhidmatan tayangan semula (VOD) untuk menarik semula episod ini daripada laman mereka.

Selain itu, kami sedang menyiasat mengapa rakaman ini dipilih untuk digunakan semasa episod tersebut selain memastikan ia tidak akan berulang lagi.

Sekali lagi, kami memohon maaf kerana menyebabakn kekecewaan dan kesedihan.

the penthouse 3

Sekadar pengetahuan, bangunan Gwangju yang runtuh itu berlaku di kawasan pembangunan semula dan penghapusan yang terletak di Hak-dong, Dong-gu pada Jun lepas. Ianya merupakan satu kejadian tragik kerana bangunan berkenaan yang runtuh turut menghempap bas awam yang berada di kawasan berhampiran menyebabkan 9 kematian termasuk pelajar sekolah serta 8 tercedera.

Semoga mereka belajar daripada kesilapan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews1
Loading...