Ikuti Kami:

Guna Pil & Diet Teruk! Idola K-Pop Dedah Seksa Buat Persembahan Ketika ‘Datang Bulan’

Guna Pil & Diet Teruk! Idola K-Pop Dedah Seksa Buat Persembahan Ketika ‘Datang Bulan’

Kalau anda yang pernah tonton koreografi yang dipersembahkan oleh kumpulan idola K-pop, nampak susahnya kan? Kalau panjang lagu itu 3 minit, bayangkan anda kena bergerak tak berhenti sepanjang masa itu. Selepas itu, kena pastikan ketepatan setiap pergerakan supaya kekal sama dengan ahli yang lain supaya semuanya nampak sempurna dan tajam. Bukan sahaja kumpulan idola lelaki yang dikerah dengan rejim latihan yang ‘keras’ bahkan ahli kumpulan wanita juga menerima layanan yang sama.

Untuk lelaki, mereka tiada masalah sangat untuk hadapi semua latihan ini tetapi cuba fikir apabila ahli kumpulan wanita terpaksa bekerja keras seperti ini semasa mereka datang haid. Mesti tak selesa!

Sebelum ini, ahli kumpulan Pristin pernah mendedahkan bahawa perkara leceh yang sering dihadapi oleh kumpulan idola wanita ialah apabila mereka datang haid. Salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Siyeon menjelaskan bahawa perkara itu adalah sangat menyusahkan ketika mereka membuat persembahan.

idola wanita kumpulan k-pop dedah seksanya bila datang haid

Ahli kumpulan Super Junior iaitu Heechul turut bersimpati selepas mendengar pendedahan Siyeon itu. Dia menambah bahawa jadual seni kumpulan idola adalah sangat padat dan meletihkan. Tambahan lagi apabila mereka perlu melakukan semua itu semasa datang haid. Tapi rata-rata idola tiada pilihan lain selain menghabiskan semua jadual tersebut dengan jayanya. Antara simptom ketika haid ialah gangguan emosi tetapi para idola tidak boleh menunjukkannya dan perlu sentiasa kelihatan ceria di hadapan khalayak umum.

Serri iaitu bekas ahli kumpulan Dal Shabet juga menjelaskan bahawa haid adalah suatu perkara yang tidak menyelesakan langsung. Tetapi mereka tidak boleh melakukan apa-apa mengenainya kerana perkara itu adalah semula jadi. Menurut gadis ini lagi, kebanyakan idola akan menggunakan tampon supaya mereka berasa bersih. Pun begitu, mereka perlu menyertai banyak rancangan hiburan yang lasak seperti bermalam di tempat lain dan juga bermain air di taman tema, jadi ia agak menyusahkan. Serri menambah bahawa mereka akan mengambil pil perancang bagi mengawal kitaran haid masing-masing. Mereka juga tidak mahu menyusahkan kakitangan rancangan tersebut sekiranya mereka perlu asyik ke tandas.

idola wanita kumpulan k-pop dedah seksanya bila datang haid

Ramai netizen yang membaca luahan para idola wanita ini berasa kasihan dengan mereka. Ada yang menebak bahawa berkemungkinan mereka langsung tak datang haid kerana tekanan dan diet yang teruk.

“Saya baca yang kumpulan seperti Red Velvet dan kumpulan wanita lain langsung tak datang haid kerana diet mereka.”

“Saya dengar ramai idola wanita yang tak dapat haid kerana kesihatan mereka yang teruk.”

“Kitaran haid bagi kebanyakan selebriti adalah tidak teratur dan ada yang tak dapat langsung. Mereka tak dapat makan atau tidur dengan secukupnya.”

“Sangat tak selesa menggunakan tuala wanita tetapi saya rasa ramai idola yang tak datang haid. Tengok sahajalah tahap keletihan dan tekanan serta diet teruk yang dialami oleh mereka.”

Kesiannya! Terpaksa korbankan kitaran haid yang normal supaya dapat beri persembahan yang terbaik kepada peminat. Yalah, kalau nampak letih sikit sahaja mesti ada netizen yang kata mereka ini pemalas!

Sumber: KpopKfans, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...