Ikuti Kami:

Guna Klu Di Episod Akhir Musim Kedua, Penonton Mula Kaji Teori Plot ‘The Penthouse 3’

Guna Klu Di Episod Akhir Musim Kedua, Penonton Mula Kaji Teori Plot ‘The Penthouse 3’

Mungkin akan bersiaran pada bulan Jun nanti, para penonton setia “The Penthouse” dah mula mencata dan merasionalkan pelbagai teroti untuk musim ketiga nanti.

[Amaran SPOILER]

Dibina berdasarkan kes kematian Logan Lee

Seperti yang semua ketahui, watak penting iaitu Logan Lee (Park Eun-seok) tanpa disangka menemui ajal apabila kereta yang dinaikinya meletup di hadapan Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) sendiri.

Pun begitu, ramai yang menebak bahawa lelaki itu berkemungkinan besar akan ‘kembali hidup’ seperti watak lain iaitu Shim Su-ryeon dan Bae Ro-na (Kim Hyun-soo). Namun kes tersebut berkemungkinan besar akan menjadi plot utama kepada siri pembalasan dendam Shim Su-ryeon dalam musim terakhir itu nanti.

teori the penthouse 3

Misteri watak baru

Watak Joon-gi (On Joo-wan) yang berada di samping Logan Lee sebelum kematiannya menimbulkan tanda tanya ramai. Ada yang mengatakan bahawa lelaki itu ialah bekas suami Shim Su-ryeon, malah ada yang menyangka dia ialah bapa sebenar Min Seol-ah dan tak cukup dengan itu terdapat spekulasi mengatakan bahawa lelaki itu ialah Joo Dan-tae yang sebenar.

Bapa Jenny yang nampak penyayang dengan anaknya namun kelihatan bengis dan jahat apabila berhadapan dengan pembantu Joo Dan-tae. Bahkan penonton tertanya-tanya sebab dia mendekati Shim Su-ryeon sebelum insiden letupan kereta Logan Lee. Pastinya semua mahu ketahui di pihak manakah Yoo Dong-pil akan berdiri.

teori the penthouse 3

Watak lelaki tua yang berada berdekatan kereta Logan Lee semasa letupan itu berlaku juga menimbulkan pelbagai persoalan. Bahkan lelaki itu sempat melayangkan gaya tangan ‘hormat’ kepada lelaki itu sebelum kereta itu meletup memberikan gambaran seperti dialah dalangnya. Pun begitu, ada yang mengatakan bahawa lelaki itu mungkin ialah datuk kepada Lee Min-hyuk (Lee Tae-bin) namun tiada siapa yang dapat memberikan kepastian yang sahih.

Na Ae-gyo atau Shim Su-ryeon?

Semasa babak Shim Su-ryeon membersihkan barangan Joo Dan-tae daripada premis penthouse mereka, penonton mula sangsi apabila wanita itu dilihat memegang cawan dengan tangan kirinya. Seperti yang semua tahu, Na Ae-gyo merupakan seorang kidal dan bukannya Shim Su-ryeon.

teori the penthouse 3

Lantas ramai yang terus tertanya-tanya kejutan apakah yang akan disajikan dalam musim ketiga nanti.

Tidak akan ditayangkan dalam masa terdekat ini, ramai yang dah mula mencipta teori sendiri mengenai apa yang bakal terjadi dalam “The Penthouse 3” nanti. Fuhhh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...