Gu Hyesun Umum Persaraan, Tetap Akan Teruskan Perkahwinannya

gu hyesun bersara

Selepas kecoh mengenai skandal hubungan pasangan Gu Hyesun Dan Ahn Jaehyun, pelakon wanita itu akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan industri seni.

Menurut entri di laman Instagramnya, dia meninggalkan mesej tersirat yang menggambarkan bahawa dia ingin berhenti daripada dunia lakonan.

Menurut kapsyen Gu Hyesun, dia akan menamatkan aktiviti seninya selepas selesai penerbitan novelnya yang bertajuk ‘I Am Your Pet’ pada bulan Oktober.

Sumber lain menjelaskan wanita itu akan kembali menyambung pengajiaannya yang tertangguh sejak 2011 di Sungkyungkwan University dalam bidang ‘Arts & Imaging’.

hyesun_jaehyun

Peguam yang mewakili Gu Hyesun juga menjelaskan bahawa anak guamnya itu akan tetap meneruskan perkahwinannya bersama Ahn Jaehyun.

Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada pelakon wanita ini selain ada beberapa orang yang mengecam Ahn Jaehyun kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Harapnya Gu Hyesun akan menemui sinar bahagia selepas semua kesedihan ini.

Sumber: Koreaboo, DailyNaver

Leave a Reply