Ikuti Kami:

Gu Hyesun Tuduh Ahn Jaehyun Ada Hubungan Sulit Dengan Oh Yeonseo?

Gu Hyesun Tuduh Ahn Jaehyun Ada Hubungan Sulit Dengan Oh Yeonseo?

Seperti yang anda tahu, pasangan ideal Korea Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun suatu ketika dahulu sedang menghadapi kemelut rumah tangga. Ramai yang salahkan Ahn Jaehyun kerana dikatakan lelaki ini tidak peka dengan hal rumah tangga selain ada khabar angin mengatakan dia mempunyai kekasih gelap.

Terbaru, Dispatch telah mengeluarkan hasil kajian forensiknya kepada kesemua mesej di dalam telefon bimbit Ahn Jaehyun.

Pihak mereka menyatakan bahawa tuduhan Gu Hyesun sebelum ini mengatakan bahawa Ahn Jaehyun sedang bermain cinta dengan perempuan lain adalah salah kerana tiada bukti yang sahih!

Walau bagaimanapun Gu Hyesun tidak berdiam diri dan telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya.

 

 

View this post on Instagram

 

디스패치 포렌식 결과요? 올해만 핸드폰 세번 바꾼 사람입니다. 이혼 사유 정확히 말하면 안재현씨의 외도입니다. 현재 촬영하는 드라마 여배우와 염문설이 너무도 많이 제귀에 들려와서 저 역시 마음이 혼란스러워 그를 믿어야 할지 말아야할지 입장이 왔다갔다 했을뿐이고요. 저에게는 바쁘다며 문자도 전화도 제대로 안하는 사람이 항시 그 배우와 카톡을 주고 받으며 웃고있다는 이야기에 배신감이 들어 가슴이 찢어질듯 아팠어요. 그래서 아직 제 감정을 정리할 시간이 필요할 뿐입니다.(결혼 후 남편 컴퓨터에서 발견된 여배우와 호텔에서 가운을 입은채 야식을 먹고있는 사진을 가지고 있습니다. 법원에 증거로 제출하겠습니다.)

A post shared by (@kookoo900) on

“Laporan forensik Dispatch? Orang berkenaan telah menukar telefon bimbitnya sebanyak tiga kali pada tahun ini. Kalau anda nak jawapan secara terus mengenai punca utama kepada penceraian kami ialah hubungan sulit. Dah beberapa kali saya terdengar gosip mengenai hubungan terlarangnya dengan seorang pelakon wanita yang sedang berlakon dalam drama yang sama. Saya berasa bingung mendengarkan khabar angin itu lantas saya tidak pasti sama ada saya boleh percayakannya atau pun tidak. Apabila saya terdengar lelaki yang tidak pernah sekali pun mesej mahupun menelefon saya dengan alasan sibuk, tetapi boleh tersenyum ketawa apabila berbalas mesej dengan pelakon itu, saya berasa sedih dan sakit atas pengkhianatannya. Sebab itu saya perlukan masa untuk meredakan perasaan ini. (Saya juga menjumpai bukti gambar Ahn Jaehyun sedang makan lewat malam bersama pelakon wanita yang lain di sebuah hotel dan mereka hanya menyarungkan jubah mandi di dalam komputer ribanya selepas kami berkahwin. Saya akan membawa bukti gambar ini ke mahkamah).”

Ramai netizen tahu bahawa pelakon wanita yang berada dalam produksi (drama “People With Flaws”) yang sama dengan Ahn Jaehyun pada ketika ini ialah Oh Yeonseo. Jadi ramai yang ‘speku’ pelakon ini mungkin mempunyai hubungan sulit dengan suami Gu Hyesun.

ohyeonseo

Pun begitu bagi menghalang khabar angin ini, syarikat pengurusan Oh Yeonseo iaitu Celltrion Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak pelakon wanita tersebut.

“Kenyataan yang dilakukan oleh Gu Hyesun baru-baru ini menerusi laman Instagramnya iaitu ‘Ahn Jaehyun mempunyai hubungan sulit dengan pelakon wanita yang sedang berlakon dengannya’ adalah palsu.”

Pihak mereka menambah yang tidakan undang-undang akan dikenakan kepada sesiapa yang menyebarkan berita palsu berkaitan dengan artis naungan mereka itu.

Sebelum ini Gu Hyesun menyatakan bahawa punca penceraian mereka adalah kerana kucing peliharaannya diambil oleh Ahn Jaehyun tetapi lain pula ceritanya selepas pendedahan eksklusif ini. Apakah kesudahannya?

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...