Ikuti Kami:

Gu Hyesun Akui Sudah ‘Move On’ Daripada Penceraian, Harap Dapat Kembali Berlakon Nanti

Gu Hyesun Akui Sudah ‘Move On’ Daripada Penceraian, Harap Dapat Kembali Berlakon Nanti

Setiap pasangan pastinya mahu perkahwinan yang dibina akan kekal sampai bila-bila sehingga ke hujung nyawa. Namun tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan, sama juga dengan pasangan selebriti Korea iaitu Gu Hye-sun dan Ahn Jae-hyun yang menemui titik noktah kepada rumah tangga mereka selepas dua tahun mengikat janji untuk hidup bersama selamanya.

Biasanya pasangan selebriti mengelak untuk mendedahkan hal seperti ini kepada umum, namun pelbagai kontroversi yang terpalit sekali semasa kedua pelakon ini dalam proses penceraian. Malahan pelbagai khabar angin buruk yang berterbangan mengenai rumah tangga mereka.

Selepas berasa sesak berada di tanah air sendiri, Gu Hye-sun telah mengambil keputusan untuk membawa diri ke London bagi menyambung pelajaran buat sementara waktu. Wanita ini juga mendedahkan bahawa dia kehilangan hampir 11 kilogram semasa di sana.

Baru-baru ini, Gu Hye-sun yang juga bergerak aktif sebagai pelukis telah mengadakan satu pameran seni di Seoul dan pastinya para wartawan tak melepaskan peluang ini untuk menanyakan keadaan wanita itu selepas kembali hidup solo.

Saya sudah berlatih untuk menjawab soalan mengenai hal ini kerana saya tahu ia pasti akan ditanya tetapi saya tak jumpa jawapan yang boleh diberikan. Daripada memikirkan mengenai penceraian, saya lebih memberi fokus kepada diri sendiri.

Saya sering terfikir bagaimana saya mahu bercerita tentang orang itu (Ahn Jae-hyun) namun tiada apa-apa yang datang dalam fikiran saya jadi saya mohon maaf. Saya sedang berusaha keras untuk melupakan segalanya dan bersedia untuk masa depan saya sahaja.

gu hyesun move on dengan penceraian

Apabila ditanya mengenai prosiding penceraiannya yang masih berjalan, Gu Hye-sun menjelaskan bahawa tiada sebarang isu yang timbul daripadanya dan ia mungkin akan diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Menurut wanita ini lagi, dia juga menantikan masa yang sesuai untuk kembali semula ke dalam dunia hiburan.

Saya selalu merancang pelbagai perkara tetapi saya sedar hidup biasanya tak akan jadi seperti apa yang dirancang. Saya kembali ke kolej meskipun sudah berusia dan saya juga sedang belajar bersungguh-sungguh. Saya juga memikirkan untuk berlakon pada masa hadapan.

Sebaiknya, saya mahu menyapa semua orang menerusi produksi baru. Pun begitu, saya rasa untuk kembali aktif pada ketika ini adalah sesuatu yang sukar tetapi saya berharap ia akan berlaku secara semula jadi apabila semuanya sudah selesai.

Apa-apa pun, harap Gu Hye-sun akan kembali ke dalam industri seni tidak lama lagi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...