Ikuti Kami:

Gosip Bercinta Kembali Diperkatakan, G-Dragon Dilapor Melawat Set Penggambaran Iklan Solo Jennie

Gosip Bercinta Kembali Diperkatakan, G-Dragon Dilapor Melawat Set Penggambaran Iklan Solo Jennie

Semestinya semua masih ingat mengenai berita pada awal tahun ini yang mengatakan G-Dragon BIGBANG dan Jennie BLACKPINK sedang hangat bercinta kan?

Walaubagaimanapun, berita itu berlalu sepi meskipun disertakan bukti keduanya sering ke rumah masing-masing bagi meluangkan masa bersama. Ini kerana Jennie dan G-Dragon memilih untuk tidak memberikan respon mengenai khabar angin tersebut.

Terbaru, satu laporan eksklusif mengatakan kedua mereka masih lagi bercinta dengan baik dan lebih kerap berjumpa berbanding sebelum percintaan mereka diketahui umum. Katanya, ibu Jennie juga sedia maklum mengenai hubungan tersebut namun ianya tidak akan diumumkan secara rasmi oleh syarikat mereka, YG Entertainment.jennie dating g-dragonTambah laporan itu lagi, idola lelaki popular itu telah melawat Jennie di set penggambaran iklan di mana wanita itu adalah satu-satunya model buat produk tersebut. Tidak pasti mungkin kerana hubungan yang rapat, mereka sepertinya selesa bertemu di hadapan orang dalam industri meskipun terpalit dengan khabar angin percintaan.

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka. Kalau bercinta, semoga berkekalan selamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...