Ikuti Kami:

Goo Hara Pernah 5 Kali Cuba Bunuh Diri, Ibu Tanpa Segan Sibuk Ambil Gambar Dengan Artis Di Majlis Pengebumian

Goo Hara Pernah 5 Kali Cuba Bunuh Diri, Ibu Tanpa Segan Sibuk Ambil Gambar Dengan Artis Di Majlis Pengebumian

Semakin dibuka pekung ibu Hoo Hara, semakin ramai yang kian menyampah dengan tindakan tidak sensitifnya. Lumrah seorang ibu sepatutnya menyayangi anaknya tapi lain pula dengan wanita tua ini apabila dia sanggup meninggalkan selebriti tersebut ketika dia masih lagi kecil dan hanya kembali mencarinya selepas 20 tahun apabila dia sudah pergi buat selama-lamanya kerana mahu menuntut bahagian harta perwarisan.

Muka tebal sungguh! Bayangkan wanita yang tak layak dipanggil ibu itu sanggup membuat kecoh di tempat pengebumian Goo Hara kerana beria mahu mendapatkan haknya sebagai ibu sehingga dia terpaksa ditarik keluar oleh ahli keluarga yang lain. Tak cukup dengan itu, abang mendiang mendedahkan satu lagi perkara yang mengejutkan di mana wanita tua itu tanpa segan meminta untuk bergambar dengan selebriti yang hadir ke pengebumian tersebut!

goo hoin abang goo hara

Goo Hara pernah mengakui bahawa dia mengalami kemurungan dan walaupun tak tunjukkan kepada dunia, tetapi gadis itu sering meluahkan dalam diari betapa rindunya terhadap seorang figura dipanggil ibu. Dikhabarkan bahawa sehingga sebelum sampai ajalnya, mendiang meminta untuk berjumpa dengan ibunya namun permintaan itu tidak kesampaian.

Lebih menyedihkan apabila abang wanita itu iaitu Goo Hoin mendedahkan bahawa adik kesayangannya itu pernah cuba membunuh diri sebanyak lima kali sebelum ianya benar-benar terjadi.

Hara pernah dilaporkan cuba membunuh diri sekali sebelum ini tetapi sebenarnya sudah beberapa kali kejadian itu berlaku. Ada dalam lima kali saya terpaksa datang ke Seoul secara melulu kerana dimaklumkan bahawa dia cuba mengambil nyawanya sendiri. Setiap kali ia berlaku, saya mencuba sedaya upaya dengan bantuan agensinya supaya berita ini tidak terdedah kepada orang ramai.

goo hara meninggal

Goo Hoin turut menceritakan bahawa terdetik di hatinya untuk menjaga Goo Hara dengan lebih baik selepas mendapat berita mengenai kematian rakan baik adiknya, Sulli yang turut membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri.

Saya hampir hilang akal apabila mendapat tahu bahawa dia akhirnya berjaya. Saya tak dapat nak khabarkan betapa marah dan kecewanya saya dengan ibu kami. Saya terpaksa memintanya pergi kerana dia cuba merakam perbualan kami ketika di rumah pengebumian. Saya juga ada terdengar bahawa dia ke sana dan sini untuk meminta gambar bersama selebriti yang hadir di majlis pengebumian anaknya sendiri.

Setiap kali terbongkar perangai sebenar ibu Hara, semakin rasa sedih dengan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Hara sepanjang hidupnya. Semoga mendiang tenang di sana.

Sumber: Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...