Ikuti Kami:

Gong Yoo Tampil Dengan Gaya Rambut Pendek, Netizen Beri Reaksi Positif-Negatif

Gong Yoo Tampil Dengan Gaya Rambut Pendek, Netizen Beri Reaksi Positif-Negatif

Semua rasanya mesti dah terbiasa tengok Gong Yoo dengan rambut yang lebih panjang kan?

Tapi ramai yang terkesima apabila melihat pelakon tampan itu tampil dengan gaya rambut baru yang lebih pendek dengan ‘undercut’.

Pada 27 Oktober, Gong Yoo telah menghadiri sidang media peribadi untuk filem terbarunya iaitu “Seobok” yang bakal ditayangkan Disember ini. Meskipun naskhah ini turut diterajui oleh Park Bo-gum namun dia tidak dapat menyertainya kerana sedang berkhidmat dalam latihan ketenteraan kini.

stail rambut gong yoo

stail rambut gong yoo

Biasanya tampil dengan rambut yang lebih panjang, Gong Yoo menarik perhatian ramai dengan penampilan barunya itu. Bahkan ramai yang memuji bahawa gaya tersebut nampak lebih segar dan lelaki itu turut nampak ekstra kacak!

Pun begitu, ada yang tak bersetuju dengan stail rambut ini dan meminta pelakon itu kembali ke gaya lamanya.

Nampak pelik…

 

Wahhh! Kacaknya.

 

Saya akan buat-buat tak nampak gaya rambut ini.

 

Handsome betul dia..

 

Buat pertama kali Gong Yoo nampak tua.

 

Nampak pelik dalam gamabr sahaja, tapi sebenarnya Gong Yoo elok sahaja korang.

 

Siapa yang suruh dia buat gaya macam ni?

 

Pelik tapi okay sahaja..

Anda suka ke tak suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...